Penipuan melalui panggilan telefon?
Pernah anda mendengarnya? kalau belum, better check this link.
OK itu berdasarkan laporan berita.
Kali ini saya mahu berkongsi 1 cerita real yang berlaku tengah berlaku dengan seorang kawan. Saya dan kawan-kawan lain boleh merasakan si kawan ini telah sedang ditipu.
begini ceritanya:
si kawan ini telah berkenalan dengan sesorang lelaki melalui YM (Yahoo Messenger), dan dalam tempoh perkenalan itu, dikatakan wujud bibit cinta antara si kawan dengan lelaki tersebut yang kononya orang Malaysia tetapi sudah lama menetap di UK. Ok, UK. Pada mulanya kami tidak kisah sangat dengan cerita si kawan tentang cintan cintun UKnya tu, tetapi apabila pada suatu hari dia meminta pendapat tentang suatu perkara, kami mula telah mengesyaki bahawa si kawan ini telah sedang tertipu. Apa perkara itu?
"ada bungkusan dari UK, untuk si kawan, ditahan di Kastam KL, dan untuk membolehkan si kawan mendapatkan bungkusan itu (dikatakan dalam bungkusan itu ada wang bernilai RM1.2 Juta), si kawan perlu membayar sejumlah RM 4K ++, terlebih dahulu".
Ikut logik dalam dunia serba canggih ni, perlukah mengirim duit melalui bungkusan (lagi2 dalam jumlah yang besar)? Kenapa tidak guna Western Union, Maybank?
Menurut si kawan cintan UKnya itu mengirimkan duit tersebut kerana itu adalah wasiat beliau kepada si Kawan sebab si UK ini sedang sakit dan tidak ada lagi keluarga lain dan hanya mempercayai si kawan untuk menerima wasiat tersebut.
Setakat ini boleh faham?
Kami menasihatkan agar si kawan tidak membayar jumlah RM4k ++, tersebut dan membiarkan perkara tersebut tetapi dari pengamatan kami, si kawan belum menyedari bahawa dia sedang telah ditipu dan beliau berada dalam keadaan tertekan sebab didesak oleh agen di KL untuk membayar jumlah tersebut dan dikatakan juga jumlah untuk menjaga bungkusan wasiat itu akan bertambah dari hari ke hari. Minggu lalu, jumlah terkumpul sebab bungkusan tersebut itu belum dituntut ialah RM9K++ . Pusing kepala si kawan mana mahu cari duit sebanyak itu.
Terbaru, si kawan telah dibukakan akaun bank oleh si UK.
"Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.
Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja." - Harian Metro
Kesian si kawan, dia sebenarnya telah sedang ditipu. Tetapi dia tidak menyedarinya. Mungkin juga dia pernah menyedari tetapi dia terlalu percaya akan kata-kata cinta si UK.
Sebenarnya, saya pernah mendengar cerita seorang kawan - si Labu (bukan nama sebenar) yang hampir tertipu seperti si kawan ini. Tetapi si Labu berkenalan dengan penipu itu melalui FB (si penipu itu mengatakan keluarganya meninggal dunia apabila kapal terbang peribadi mereka terhempas, dan hanya si penipu saja yang selamat. Jumlah kekayaan yang ditinggalkan oleh keluarga si penipu sangat banyak tetapi tidak boleh digunakan kecuali untuk tujuan charity dan kononnya si labu ini menjadi orang terbaik untuk menerima wang charity tersebut.)
Ok dalam kes ini pun wujud cintan cintun.
Cerita seterusnya, sama lah cerita dengan si kawan tadi. Ada bungkusan yang ditahan di kastam dan memerlukan si Labu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan bungkusan (hadiah) tersebut. Nasib baik si Labu ni smart, dia boleh detect suara pemanggil itu adalah suara negro, bila si Labu tanya sama ada pemanggil tersebut tahu mana Kota Kinabalu, terkedu si negro dan terus menutup talian. Lepas itu, si negro tidak lagi menghubungi si Labu. Selamat duit si Labu.
Ok selesai kes si Labu. Tetapi kes si kawan belum. Dia masih terlalu percaya bahawa bungkusan tersebut mengandungi RM1.2 Juta.
So untuk kawan-kawan di luar sana:- hati-hati dengan panggilan telefon dan juga cintan cintun di alam maya. Selain itu, SENTIASAlah BERFIKIR LOGIK.