Aku sudah lupa
suatu ketika dulu
kau datang
berdiri di muka pintu yang masih terbuka luas
pada saat hati masih keliru
kelabu dengan rasa bercampur
aku biarkan kau hadir dalam hatiku
Dengan senyum mu
Janji-janji mu
hiburan
Ya kau beri aku hiburan
warna warni hidup
kerap kali juga
warna itu akan kelabu
semakin pudar merahnya
harumnya seperti hilang seperti
mentari yang hilang pada senja hari
pada saat hati ingin kuat
tanpa warna mu
kau akan datang lagi, dengan merah cinta mu
dan
aku seakan hanyut
berkali-kali mencipta
ungkapan KAU dan AKU
kali ini
aku sudah serik
aku sudah bosan, dengan alasan mu
kerana setiap janji mu adalah bohong
KAU
jangan tega datang lagi
menunggu di muka pintu hati ku
kerana rapat-rapat aku sudah tutup
jangan datang menghulur kasih
yang merahnya hanya khayalan
jangan datang rapat lagi
menghulur rindu
kerana saat ini
rasa mesra sudah tidak ada
hanya yang tinggal
rasa benci berbaur dendam
dan
mungkin juga nanti
kita akan mampu mengeluh, mungkin tersenyum
kita akan tertanya
kenapa harus ada cerita KAU dan AKU
yang hanya meninggalkan DUKA.