Saturday, July 6, 2013

Rindu yang pergi

Rindu yang pergi

 

Rindu yang pergi

Enggan tuk kembali

Walau diseru jampi

Dengan kemenyan api

Tika malam sepi

 

Rindu yang pergi

Patah dari hati .

 

K.Nisa Masingan

Julai, 2013

UPC Kota Kinabalu



Posting Asal: tulusdarihati.com

Yoga?

Currently new “good thing” in my life is Yoga.

Terjangkit by blogger friends – wyne, Stella and Wency. I think chegu pun terjangkit by them juga . Kan Chegu? Dulu (lebih kurang 5 tahun lepas saya buat yoga juga but lama-lama hilang itu minat. So, I could not promise to myself that I will stick into Yoga forever. Tahulah ni, sikap hangat-hangat tahi ayam juga. Hehe. But so far, saya buat yoga dengan semangat 5 days berturut-turut tanpa gagal. Pagi dan petang. Sampai kakak tegur kerana kekerapan beryoga tersebut. Haha. As a beginner, I just doing the simple yoga poses which highly recommended for my level. On the third day, berani-berani sudah buat pose yoga yang berat but although I tried variety of yoga poses but I could says that my concentration is more into fat burning yoga poses.

 photo PicsArt_1372981473755_zpsf1769402.jpg

Yeah, I am doing yoga on day 5. masih keras and bengkok2 lagi itu kaki. Anyway I am happy because I can do the bow pose dengan baik walau belum begitu ngam. Untuk bulan puasa ini, saya terpaksa mengurangkan yoga, so faham2 lah kalau yoga pose saya kurang sudah di Instagram ya kawan-kawan. :)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Monday, July 1, 2013

Tewas (1)

Tewas (1)

 

kira aku cukup dewasa

Mentafsir segala ayat kata

Rupanya aku tewas juga

Pada gula selaut dusta

 

 

K.Nisa Masingan

Julai, 2013



Posting Asal: tulusdarihati.com

BINTI?

“Ini tunang I. Sambil dia menggapai lembut lengan lelaki yang berada di sebelahnya. Berdiri dengan gaya macho. His name is Drew.”

Rambutnya yang hitam pekat. Wajahnya yang tampan. Tidak salah saya merenungnya agak lama. Memang padan dengan Zara yang cantik.

“Hi Drew. Apa Kabar?”. Teragak-agak aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Seperti aku, dia juga agak kekok mengeluarkan tangan yang bersembunyi dalam kocek seluarnya untuk menyambut salam ku.

“okay.” jawabnya ringkas. Merdu suaranya.

Aku dan Zara meneruskan cerita. Tapi dia lebih menguasai ruang tersebut. Dari dia berhijrah ke German, kemudian ke Australia dan setelah 9 tahun itu baru kali ini dia balik bercuti ke Malaysia. Pelatnya juga agak ganjil di telinga ku. Sesekali Drew menyampuk. Tapi lebihnya Drew hanya diam melayan HP.

Pengumuman terbaru yang menbelah ruang legar menunggu LTAKK Terminal 2 mematikan cerita kami. Lantas Zara mengeluarkan beberapa keping kertas dan buku bewarna Merah dari sling bagnya.

“oppsss”. Cepat tangan zara memungut kembali sekeping MyKad yang jatuh di lantai namun kerana kegopohannya itu, Mykad tersebut terjatuh lagi. Aku menolongnya kali ini. Sempat Aku baca nama yang tertera.

Ketika mereka berdua semakin hilang masuk dalam ruang berlepas, aku semakin tertanya.

BINTI.

Hanya mereka berdua. Nama dalam MyKad yang aku pungut tadi bukan miliknya Zara.

BINTI?

 



Posting Asal: tulusdarihati.com