“Ini tunang I. Sambil dia menggapai lembut lengan lelaki yang berada di sebelahnya. Berdiri dengan gaya macho. His name is Drew.”
Rambutnya yang hitam pekat. Wajahnya yang tampan. Tidak salah saya merenungnya agak lama. Memang padan dengan Zara yang cantik.
“Hi Drew. Apa Kabar?”. Teragak-agak aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Seperti aku, dia juga agak kekok mengeluarkan tangan yang bersembunyi dalam kocek seluarnya untuk menyambut salam ku.
“okay.” jawabnya ringkas. Merdu suaranya.
Aku dan Zara meneruskan cerita. Tapi dia lebih menguasai ruang tersebut. Dari dia berhijrah ke German, kemudian ke Australia dan setelah 9 tahun itu baru kali ini dia balik bercuti ke Malaysia. Pelatnya juga agak ganjil di telinga ku. Sesekali Drew menyampuk. Tapi lebihnya Drew hanya diam melayan HP.
Pengumuman terbaru yang menbelah ruang legar menunggu LTAKK Terminal 2 mematikan cerita kami. Lantas Zara mengeluarkan beberapa keping kertas dan buku bewarna Merah dari sling bagnya.
“oppsss”. Cepat tangan zara memungut kembali sekeping MyKad yang jatuh di lantai namun kerana kegopohannya itu, Mykad tersebut terjatuh lagi. Aku menolongnya kali ini. Sempat Aku baca nama yang tertera.
Ketika mereka berdua semakin hilang masuk dalam ruang berlepas, aku semakin tertanya.
BINTI.
Hanya mereka berdua. Nama dalam MyKad yang aku pungut tadi bukan miliknya Zara.
BINTI?
Posting Asal: tulusdarihati.com
No comments:
Post a Comment