Thursday, March 24, 2011

Cinta yang tiada pasti

Cinta Yang Tiada Pasti


Kekasih
andai aku yang pertama
di hati mu

menyambut rindu dan kasih mu

tiadalah sebegini
jalan hidupku
menanti sebuah percintaan
yang tiada lagi pastinya


Okay, ini untuk memenuhi permintaan dari seorang kawan blogger Eha Solehah - Terima kasih kerana sudi komen. Sajak ini adalah alihbahasa melayu bagi sajak dusun yang saya tulis sebelum ini. Kurang puitis sudah bunyinya. (^_^).

Tidak ada kelapangan untuk mengupdate blog sejak beberapa hari ini. Agak sibuk. Itu saja yang boleh saya katakan.


Oh ya, saya telah berjanji kepada pemilik blog Elieynz Anakah untuk meletakkan banner yang dia cipta khas untuk saya yang telah menjadi followersnya yang ke- 200 beberapa hari lepas, jadi saya tunaikan janji itu. Maaf ya kerana lambat..:) Saya sangat berbesar hati menerima banner ini. Tima kasih banyak-banyak lemon, kalau ada, bagi lagi la banner.:)

Okay, esok kena bangun awal..so sampai nanti...