Tuesday, February 11, 2014

Kaji pula?

Berapa kali mau kaji dah…musnahkan terus jer. Buang karen ja lama-lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan kita.

PUTRAJAYA 11 Feb. – Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian tersebut perlu dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah dihadapi dalam melaksanakan PBS.

“Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut namun di pihak kementerian kita akan mengkaji berikutan aduan yang diterima.

Kat sekolah masih perlu jalankan, tapi kat kementerian nak kaji? Wei pak menteri dasar apa ke ni?

“Sama ada PBS ini akan ditangguh atau diteruskan akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Saya yakin tiada diantara kita pun dalam Kementerian Pendidkan negara kita ini faham 100% tentang PBS.

Bacaan lanjut PBS akan dikaji

 



Posting Asal: tulusdarihati.com