Redha.
Itu yang aku semat dalam diri, untuk kesekian kalinya.
Redha dan sentiasa menadah tangan mensyukuri apa yang diberikan, ketika hati cuba untuk menangisi segala keinginan yang belum dimakbulkan olehNya.
Redha dan bersabar. Percaya bahawa semuanya telah tersurat dalam Luh Mahfuz. Siapaka aku untuk mempertikaikan aturanNya?
Redha. Tetapkan iman dan hati.
Yang terbaik pasti dalam genggaman. Amin.