Sunday, June 28, 2015

Pesan Dari Tuhan kena banned!

Kecewa..tapi saya tahu kecewa saya tentu tidak setanding kecewa pengarahnya.


Image: Dari akaun Ig Erma Fatima


Telefilem Pesan Dari Tuhan telah ditangguhkan penayangannya. Atau dengan kata kata kasar, kena banned. Kenapa? Belum pasti, masih menanti penjelasan pengarahnya iaitu Erma Fatima, mungkin melalui akaun Instagramnya. Secara jujurnya saya agak tidak meminati drama atau filem-filem Melayu masa kini, saya agak selektif dalam menonton filem melayu. Namun sejak mengikuti sedutan-sedutan ringkas telefilem Pesan Dari Tuhan melalui akaun Instagram Erma Fatima saya tahu karya begitu adalah suatu yang saya cari. Sebab itu, saya ingin sangat menontonnya.

Secara peribadinya saya agak kecewa dengan penangguhan penayangan karya tersebut. Hampir 3 minggu saya menjanjikan kepada diri saya dan juga membuat promosi kepada kawan-kawan untuk menonton karya tersebut, dan saya telah pun "membooking" TV di rumah untuk karya tersebut hari ini, jam 10 malam di TV3. Tapi malangnya, kena banned pula.

Apapun, saya yakin suatu yang lebih baik untuk karya ini menanti di masa akan datang. Ya, Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?