Saturday, April 9, 2011

minor changes & Recent comments widget


I made some changes to this page. I changed the sidebar items location, and some I’ve removed it. Oh ya, I also added fan page for this blog. You can find my Fan Page at my right sidebar. I created it because I’ve plan inside my mind to remove networked blog in future. Tapi bukan dalam masa terdekat lah.

So for those who following me via networked blog, I may suggest you to follow my blog by clicking like button at my fan page and become 1 of my fans, but no paksaan ya, this is merely an option and a suggestion. (^_^)


Why my recent comments widget doesn't working properly? tiada tu komen-komen keluar. I noticed it since last monday but at that time I thought I am having problem with the internet connection, so I ignored it. But on wednesday its still the same. Hanya ada perkataan Recent Comments widget by blogger widgets ja kuar kecil-kecil. I made a new one then, and it works but when I refresh my page, balik lagi yang sebelum ini. I am very sure that I am installed it properly.

Its not a big problem actually because I still can tracking comments by scrolling down to the end of my each post but anyhow, with recent comments widget will makes my job easier. Macam makan kacang..:)
Am I the only one having this problem?


Tulung a.k.a Tolong- if ada idea mengatasi masalah ini.

cerita panas dunia pendidikan

Lagi kisah/cerita panas dunia pendidikan: kali ini seorang guru perempuan patah tulang hidung apabila ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan 2



Apa jadi dengan manusia zaman sekarang ini?


Sebelum ini seorang Ustaz memukul murid tahun 1 sehingga mati.



Mana hilangnya keindahan dalam kehidupan ini?

Wednesday, April 6, 2011

FIKIR LOGIK SAJA...

Penipuan melalui panggilan telefon? 
Pernah anda mendengarnya? kalau belum, better check this link.

OK itu berdasarkan laporan berita.

Kali ini saya mahu berkongsi 1 cerita real yang berlaku tengah berlaku dengan seorang kawan. Saya dan kawan-kawan lain boleh merasakan si kawan ini telah sedang ditipu.

begini ceritanya:
si kawan ini telah berkenalan dengan sesorang lelaki melalui YM (Yahoo Messenger), dan dalam tempoh perkenalan itu, dikatakan wujud bibit cinta antara si kawan dengan lelaki tersebut yang kononya orang Malaysia tetapi sudah lama menetap di UK. Ok, UK. Pada mulanya kami tidak kisah sangat dengan cerita si kawan tentang cintan cintun UKnya tu, tetapi apabila pada suatu hari dia meminta pendapat tentang suatu perkara, kami mula telah mengesyaki bahawa si kawan ini telah sedang tertipu. Apa perkara itu?

"ada bungkusan dari UK, untuk si kawan, ditahan di Kastam KL, dan untuk membolehkan si kawan mendapatkan bungkusan itu (dikatakan dalam bungkusan itu ada wang bernilai RM1.2 Juta), si kawan perlu membayar sejumlah RM 4K ++, terlebih dahulu".

Ikut logik dalam dunia serba canggih ni, perlukah mengirim duit melalui bungkusan (lagi2 dalam jumlah yang besar)? Kenapa tidak guna Western Union, Maybank?

Menurut si kawan cintan UKnya itu mengirimkan duit tersebut kerana itu adalah wasiat beliau kepada si Kawan sebab si UK ini sedang sakit dan tidak ada lagi keluarga lain dan hanya mempercayai si kawan untuk menerima wasiat tersebut.

Setakat ini boleh faham?

Kami menasihatkan agar si kawan tidak membayar jumlah RM4k ++, tersebut dan membiarkan perkara tersebut tetapi dari pengamatan kami, si kawan belum menyedari bahawa dia sedang telah ditipu dan beliau berada dalam keadaan tertekan sebab didesak oleh agen di KL untuk membayar jumlah tersebut dan dikatakan juga jumlah untuk menjaga bungkusan wasiat itu akan bertambah dari hari ke hari. Minggu lalu, jumlah terkumpul sebab bungkusan tersebut itu belum dituntut ialah RM9K++ . Pusing kepala si kawan mana mahu cari duit sebanyak itu.

Terbaru, si kawan telah dibukakan akaun bank oleh si UK. 

"Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.

Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja."
- Harian Metro

Kesian si kawan, dia sebenarnya telah sedang ditipu. Tetapi dia tidak menyedarinya. Mungkin juga dia pernah menyedari  tetapi dia terlalu percaya akan kata-kata cinta si UK.

Sebenarnya, saya pernah mendengar cerita seorang kawan - si Labu (bukan nama sebenar)  yang hampir tertipu seperti si kawan ini. Tetapi si Labu berkenalan dengan penipu itu melalui FB (si penipu itu mengatakan keluarganya meninggal dunia apabila kapal terbang peribadi mereka terhempas, dan hanya si penipu saja yang selamat. Jumlah kekayaan yang ditinggalkan oleh keluarga si penipu sangat banyak tetapi tidak boleh digunakan kecuali untuk tujuan charity dan kononnya si labu ini menjadi orang terbaik untuk menerima wang charity tersebut.)

Ok dalam kes ini pun wujud cintan cintun.
Cerita seterusnya, sama lah cerita dengan si kawan tadi. Ada bungkusan yang ditahan di kastam dan memerlukan si Labu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan bungkusan (hadiah) tersebut. Nasib baik si Labu ni smart, dia boleh detect suara pemanggil itu adalah suara negro, bila si Labu tanya sama ada pemanggil tersebut tahu mana Kota Kinabalu, terkedu si negro dan terus menutup talian. Lepas itu, si negro tidak lagi menghubungi si Labu. Selamat duit si Labu.

Ok selesai kes si Labu. Tetapi kes si kawan belum. Dia masih terlalu percaya bahawa bungkusan tersebut mengandungi RM1.2 Juta.

So untuk kawan-kawan di luar sana:- hati-hati dengan panggilan telefon dan juga cintan cintun di alam maya. Selain itu, SENTIASAlah BERFIKIR LOGIK.

Tuesday, April 5, 2011

damai tanpanya

damai tanpanya

ku kuis
biar pelan-pelan
ia jauh dan menjauh

pada matanya yang sayu
merenung aku, akan tidak aku tenung

enggan ku sahut 
lolongan kesepiannya
sekeping nafasnya 
dulu pernah aku genggam erat

kedalam hitam laut
kulempar nanti

biar tidak lagi ada yang tinggal
enggan juga aku menoleh 
belakang ku

walau aku juga tidak tahu
tapi itu yang aku yakin
aku damai tanpanya



Kay Masingan
5/4/2011


 

Murid dipukul sampai meninggal dunia..

Perlukah mendidik sampai tahap begini?

Seorang murid berusia 7 tahun telah  dipukul oleh seorang Ustaz sampai meninggal dunia.
:
:
:

Untuk berita lanjut klik link di bawah.

Ustaz pukul murid sampai mati minta maaf

Monday, April 4, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



Nah I am joining this contest..:) 
But I am not pretty sure if I' am still eligible for this contest or not. Terlampau banyak sudah penyertaan ni. Dan yang dicari hanyalah 1 ribu.  I think I am a bit late. Anyway, jom gegar-gegar with Ben Ashaari!!!!

Sunday, April 3, 2011

Hinava

Pernah dengar Hinava?
Apa itu?

Nah kalau yang 1st time dengar tu, Hinava merupakan makanan popular bagi suku kaum Kadazan Dusun Di Sabah. 
Suku kaum Kadazan Dusun dengan pakaian tradisi
Google Image -credit to mauvemarionette.blogspot.com


Ini Kadazan Dusun tanpa pakaian tradisi..:)

Hinava ini adalah hasil campuran isi ikan segar, limau, cili api, bawang merah, dan juga garam. Namun biasanya untuk menghasilkan rasa yang lebih enak, bahan-bahan tambahan seperti halia dan daun saderi turut digunakan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak, hanya perlu diperah dengan air limau kapas (limau nipis) ataupun limau kasturi. 

Bahan-bahan Hinava yang saya hasilkan (saya memilih isi ikan tenggiri)


Bahan-bahan utama telah dipotong kepada saiz yang kecil


Nah ini dia Hinava hasil kreativiti saya..rasanya sedap dan sedikit pedas (masih terasa lagi sedapnya walaupun Hinava ini saya hasilkan pada tahun 2008)..(^_^)

So, apa lagi, cuba la buat Hinava..just type di google tentang makanan ini, banyaaaakkkkk maklumat tu..