Sunday, April 3, 2011

Hinava

Pernah dengar Hinava?
Apa itu?

Nah kalau yang 1st time dengar tu, Hinava merupakan makanan popular bagi suku kaum Kadazan Dusun Di Sabah. 
Suku kaum Kadazan Dusun dengan pakaian tradisi
Google Image -credit to mauvemarionette.blogspot.com


Ini Kadazan Dusun tanpa pakaian tradisi..:)

Hinava ini adalah hasil campuran isi ikan segar, limau, cili api, bawang merah, dan juga garam. Namun biasanya untuk menghasilkan rasa yang lebih enak, bahan-bahan tambahan seperti halia dan daun saderi turut digunakan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak, hanya perlu diperah dengan air limau kapas (limau nipis) ataupun limau kasturi. 

Bahan-bahan Hinava yang saya hasilkan (saya memilih isi ikan tenggiri)


Bahan-bahan utama telah dipotong kepada saiz yang kecil


Nah ini dia Hinava hasil kreativiti saya..rasanya sedap dan sedikit pedas (masih terasa lagi sedapnya walaupun Hinava ini saya hasilkan pada tahun 2008)..(^_^)

So, apa lagi, cuba la buat Hinava..just type di google tentang makanan ini, banyaaaakkkkk maklumat tu..

6 comments: