Wednesday, September 29, 2010

Tika jauh

tika jauh
baru tersedar erti hadirmu


tika jauh
baru terasa derita pedih rindu resah
yang hadir bertamu
pada ruang-ruang antara


tika jauh
baru terasa
dekat itu indah



Kay Masingan
Mei, 2009
Kg. Parong, K. Marudu

Monday, September 27, 2010

Hobi ku..

Secara tidak keterlaluan, saya ingin katakan yang saya sangat suka membaca selain daripada menulis Sajak. Artikel, Journal, News Paper, Majalah, Buku teks, letak saja lah di depan saya, saya akan baca walau mungkin tidak saya habiskan (sekiranya tidak menarik minat) Novel, itu yang paling saya suka. Jujurnya, saya mula membaca novel seawal darjah 5 atau 6 (mungkin juga terjangkit dengan minat kakak dan abang yang lebih tua), dan minat itu masih segar dalam diri saya, hinggalah sekarang. Pada sekitar umur belasan tahun, saya sangat suka mengunjungi Perpustakaan Daerah semata-mata untuk meminjam buku cerita sama ada dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Waktu itu siri Mills & Boon adalah buku BI yang pertama saya baca selain dari Buku teks BI sekolah (setakat yang saya masih ingat). Walaupun kini, saya agak berat kepada cerita fiksyen dan juga cerita benar, tetapi saya juga tidak pernah menolak untuk membaca genre novel yang lain. Hakikatnya saya ada koleksi buku Hard Copy dan Soft Copy genre Historical Romance, Romance, Penyiasatan, Motivation dan banyak lagi.

Dari segi penulisnya pula,  saya agak memilih dan saya sangat meminati tulisan Sidney Sheldon, Danillie Steel dan Ramli Awang Murshid. Walaupun demikian ada juga penulis lain yang turut menjadi keutamaan saya sewaktu membeli buku iaitu Jean Sasson, John Grisham dan beberapa penulis yang saya pilih secara rawak seperti Kate Furnivall- Russian Concubine yang ternyata cara penulisannya tidak mengecewakan.


Koleksi Novel untuk 2010 (sudah habis dibaca)

Kebiasaannya, sewaktu berada di Book Store, saya akan membaca sinopsis novel terlebih dahulu sebelum membelinya. Sebab saya menekankan cara pembelian - BELI BIAR BERBALOIbukan sahaja Novel, tetapi semua barang-barang peribadi saya juga. (*_*)

Sunday, September 26, 2010

Cerita Sabtu & Buffered Earning

Saya memang sengaja membiarkan blog ini tidak berkemaskini selepas entry sajak bertajuk Bicara Pada Bulan yang saya tulis 4 hari lepas iaitu hari Khamis. Bukan apa, selain dari idea yang tidak begitu terjalin dalam kotak minda, boleh dikatakan saya sedikit sibuk dengan kerja-kerja yang tidak keterlaluan untuk saya katakan sebagai yang lebih utama. Ya, rasanya bagi semua yang bekerjaya, mereka pasti tahu priority setiap tugas/ kerja yang mereka dapat dan akan sering dinasihatkan berulang kali agar mengutamakan status kerja yang SANGAT PENTING DAN SEGERA. Yup, rasanya aura serta inti pati ceramah Pengarah JPN Sabah, sudah mula meresap dengan perlahan dalam aliran darah tubuh saya. Hahaha..

Bagi mereka yang sangat rajin melawat dan meninggalkan jejak pada shoutbox blog ini, mereka pasti telah membaca akan mesej ringkas yang saya tinggalkan pada malam hari Jumaat lalu yang mengatakan bahawa esoknya saya akan menghadiri kursus di RDC, Sepilok Sandakan. (saya bertugas di Sandakan, Sabah). Ya, hari  sabtu esoknya awal pagi lagi saya dan rakan-rakan lain menghadiri kursus tersebut yang mana penceramah / orang yang memberikan kursus tersebut ialah Pengarah JPN Sabah sendiri.

 menuju ke dewan ceramah bersama rakan

Secara keseluruhannya, kursus (atau lebih pantas dipanggil ceramah) yang diberikan oleh beliau sangat banyak menyentuh tentang kerjaya dalam bidang Pendidikan, bagaimana melakukan tugas-tugas mendidik dengan baik dan berkesan, Peraturan-peraturan am dalam pendidikan dan saya secara peribadi boleh simpulkan ianya satu motivasi kepada kami semua untuk terus memberikan segala yang baik kepada anak bangsa. TERIMA KASIH!

Oh ya, saya telah mendapat BE saya yang ke 3 dan ke 4. TERIMA KASIH NUFFNANG!. BE kali ini adalah seperti berikut:

Buffered Earnings
CAMPAIGN NAME
BLOG
DiGi Postpaid YP iPhone LB
tulus dari hati
DiGi Postpaid YP iPhone Contest LB
tulus dari hati


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan blogger yang selalu datang ke blog TULUS DARI HATI, membaca entry dan sudi meninggalkan komen. SETULUS DARI HATI, saya sangat menghargainya.