Friday, September 3, 2010

PingMe

Baik, kali ini saya akan berkongsi tentang satu page blog yang menyediakan perkhidmatan PING post iaitu dikenali sebagai PingMe. Pada mulanya saya mendapat maklumat ini dari seorang rakan blogger iaitu Puteri Cinta Hati yang mana post terbaru beliau menceritakan tentang ping mengeping ini. Selepas membaca post beliau itu, barulah saya berjumpa dengan pemilik sebenar PingMe yang best ini iaitu Yanmie yang telah bersusah payah mengajar saya untuk menge-Ping post saya yang pertama.

Menurut sumber dalam PingMe, kaedah menge-Ping post ini boleh membantu bloggers untuk mempromosikan blog atau entry terbaru mereka dan secara tidak langsung boleh meningkatkan trafik blog masing-masing. So, tunggu apa lagi? Jom kita Ping kan entry baru kita di Pingme

Award...

tup-tup, tiba-tiba pula dapat award dari Wanzie. TERIMA KASIH JUTA-JUTA LEMON YA..:) rasanya untuk blog TULUS DARI HATI, ini kali pertama saya mendapat award..Gembira betul o, sampai macam mau melompat ke langit..Kakakaka.. Baik ini awardnya.....jeng-jeng...
So, seperti biasa, bila ada award mesti ada soalan cepu emas kan...so let's check my answers..;)
Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Cepatlah bisuk..mau balik kampung..;)
Apakah nama samaran anda?
Ada 3 saja yang popular..Onno, Cath dan Kay

Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Hehehe…banyak bah yang saya sayang ni..
 
1.  mana dan bapa
2. Adik beradik
3. kawan-kawan termasuk si special one..:)
Panggilan untuk si dia?
buli kah kalau panggil Oiii ja?

Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Handbag..:) always dreaming for a new handbag, given by him.:) 
Blog mana yang anda selalu lawat?
oh, soalan susah ni..banyak o tidak buli sudah kira mana satu yang selalu kena lawat. Macam banyak..:)


TAG kan kepada 15 blogger?

Thursday, September 2, 2010

Lupa, lupa, lupa...dan lupa lagi..

Cikgu: Mana Kertas soalan modul awak/buku latihan awak/buku nota awak/ buku teks awak?

Murid A: errrkkk..saya lupa cikgu
Murid B: tertinggal cikgu, dalam bag yang satu lagi
Murid C: tertinggal dalam bas cikgu
Murid D: buku saya hilang cikgu..

Pernahkah anda menghadapi situasi ini (terutama sekali kepada yang bergelar pendidik)? Atau pernahkah anda memberikan jawaban berikut kepada guru (kepada yang pernah bergelar pelajar atau juga yang masih belajar)?

Untuk makluman semua,saya sering menghadapi situasi di atas. Terlalu kerap atau paling tepat setiap kali saya masuk ke kelas, terdapat murid yang tidak membawa buku kerja, latihan ataupun buku teks mereka bersama dan dengan selamba mereka akan memberikan pelbagai alasan, seperti alasan-alasan di atas.

Marah?

Bukan marah. Tapi sebenarnya, situasi begini akan menurunkan motivasi kerja saya dan saya tahu alasan yang mereka berikan tidak benar. Saya selalu tertanya-tanya, kenapa perkara tersebut selalu berlaku dan biasanya dilakukan oleh murid yang sama.

so, kali ini saya ingin mengajak semua pelawat blog ini untuk berkongsi pendapat tentang topik kenapa murid selalu tidak membawa buku yang patut dibawa ke sekolah.

Mana tahu ada pengalaman sewaktu zaman sekolah dulu..:)

Tuesday, August 31, 2010

what is the price of this child?

A bit like the children is being sold, right?



I took this picture during the fasting month 2 years ago. At that time, my friends and I went for shopping at Riamoda, Simpang Pulai, Ipoh. Well this is the effect when bringing children while shopping. The parents went looking for fabrics and children fall asleep placed in the appropriate rack. Just imagined, the place was too crowded with visitors and noisy with Raya's song was in the air but this poor little child was fall asleep in peace. Luckily, no one try to kidnapping him. (*_*)

Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka..!

Selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN  kepada semua rakyat MALAYSIA.

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!