Kini, saya di kampung sejak Sabtu lepas. Best di kampung ni, cuma there is no free wireeless available dan saya hanya bergantung pada broadband celcom adik yang agak lambat dan menyebabkan saya agak jarang mengupdate blog ini juga membalas lawatan ke blog kawan-kawan. Harap di maafkan ya..:)
Sementara tunggu untuk berbuka (jam 6.19pm in Kota Marudu area), saya cuba-cuba buka broadband and i was so lucky because the connection was very good. Mungkin sebab broadband ni kasihan sama saya kan, dari pagi tadi cuba update blog tapi tidak juga dapat.
so how was yours raya's preperation? sudah beli barang-barang yang diperlukan? saya, jam 12 tadi baru siap belanja, banyak juga duit habis..nasib baik kongsi dengan adik. Kalau tidak, mesti pokai..;) Apapun, saya ingin mengingatkan kepada semua agar sentiasa beringat ketika berbelanja. Jangan membazir dan beli barangan yang perlu sahaja. Sebelum pergi ke pasar atau pasaraya, buatlah senarai barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu. Ini amat penting untuk mengelakkan barangan yang tidak penting masuk dalam bakul atau troli barangan..:) Kepada yang mengadakan rumah terbuka, buatlah secara sederhana dan jangan terlalu berlebih-lebih nanti berakhir juga dengan pembaziran. Pastikan kita ingat nasib orang yang kurang bernasib baik pada musim yang mulia ini.
so untuk kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010, kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia, terutama kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan juga rakan-rakan blogger sekalian. Maafkan semua silap dan salah, itulah sebabnya dalam setiap ucapan Raya sentiasa akan bersambung dengan ayat MAAF ZAHIR DAN BATIN. ..(*_*)
google image
p/s: hati-hati semasa memandu di musim perayaan ini.