Friday, August 20, 2010

Silap yang dikesali

It's was all my mistakes..:(

Saya tidak sepatutnya mengubah template blog ini tanpa membuat backup bagi template yang sedia ada. Kini, inilah hasilnya. Saya jadi malas dan sedikit menurunkan motivasi saya untuk berblogging..:(.

Header bagi template ini pun double (lihat tajuk blog). Ada siapa-siapa yang tahu kah untuk mengatasi masalah ini?

MENYESALNYA...:(

oH, dengan kecekalan dan sedikit kemahiran saya berjaya mengubah semula template blog ini seperti yang saya mahu, walau bukan seperti yang asal..

Eh kenapa iklan nuffnang ni banyak pula yang datang sekitar jam 10.30pm ke atas? ada sesuatu yang tidak kena dengan setting timing saya ke? mungkin GMT di mana-mana?

:( Sedih lagi, bila saya scroll down ke bawah blog, rupanya posting yang saya buat ni berulang 2 kali. Apa yang silap ya? dalam page elements, terdapat 2 gadget untuk posting dan kedua-duanya tidak ada butang remove. Apa masalahnya ni? Kawan-kawan tolong bantu ya.

gambaran dalam page elements blog TULUS DARI HATI (perasaan kah, blog post gadget tu double? cuma yang sebelah atas, boleh diubah kedudukannya)


kandungan dalam blog posts gadget, tidak ada REMOVE button. Kalau ada, mudah saja, just remove salah satu gadget ni.

21/8/2010 @ 9.30PM

YAHOOOO...!!!
I made it...
:)
akhirnya saya berjaya menemui apa sebenarnya masalah dengan seting blog saya (posting berganda) dan berjaya mengubahnya kepada yang normal..

HAPPY MODE..:)

Thursday, August 19, 2010

MERCUN..

PONG...
TIUUUUTTTTT....
BOOOMMMM...
POMMMMM
gambar mercun (dari google images)

baru berkira-kira mahu melelapkan mata
bunyi-bunyi sumbang dari sumber yang telah lama diharamkan kedengaran di sebelah dinding bilik konkrit yang nipis

ehh...
bakar mercun pula budak-budak ni (aktiviti lepas terawih)
apalah..
langsung tidak ada timbang rasa dan peri kemanusiaan
tidak kah ada rasa bersalah bila dengar anak kecil menangis terkejut?
perlukah mereka mendengar suara tangisan orang besar, baru mereka berhenti membakar mercun?

alalalalala...
memang betul-betul sumbang lah perangai budak-budak ni
yang tambah sumbang, tidak pula kedengaran suara orang tua mereka menegur dan menegah..
anak yatim kah?

diambil dari google images
oi pakcik..jangan main MERCUN! nanti tangan MELECUR!

TULUS DARI HATI mengingatkan kepada semua agar tidak bermain mercun sempena perayaan hari raya ini.

Wednesday, August 18, 2010

puisi kantoi the contest..

kTiba-tiba tergerak pula mau join contest. Contest ini dianjurkan oleh akumencaricinta (klik image untuk keterangan lanjut) 



Disaat senja makin lewat
Saat malam mula menerjah
Hatiku digamit oleh peluk mu
Terasa bahang mu membalut tubuhku

Waktu sepi malam gelita
tika dingin peneman malam
Kau setia disisiku
Memeluk daku tanpa kurang
Memberi rasa hangat mesra abadi
Menemani mimpi indah ku

Oh KAIN SELIMUT ku
Oh, kecintaanku
Kau lah yang aku rindu
Kau lah yang aku sayang
Yang aku miliki seorang.


Sejarah?...:)

Hye..

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sering datang ke blog ini, sudi tinggalkan komen, menjadi follower dan sudi klik pada iklan nuffnang.
sebenarnya saya bukannya baru dalam dunia blogging ini, saya sudah mula mempunyai blog pada tahun 2007, waktu itu memang sangat aktif dan berjaya mempengaruhi (rasanya) seorang kawan yang juga penulis blog yang aktif kini, untuk menghasilkan blog. But, since last year my passion in blogging is getting less and less dan ada sampai 1 tahap saya tidak akan mengemaskini blog saya selama sebulan. Setakat ini saya mempunyai 3 blog, termasuk yang ini, tetapi hanya ini - TULUS DARI HATI yang masih aktif, yang 1 telah dihapuskan (deleted address), dan yang 1 lagi telah di locked untuk tatapan orang lain.

Ok cukup untuk pengenalan ini..:)

seterusnya saya ingin kongsikan sentuhan kreatif seorang rakan yang telah mengedit gambar saya sempena hari jadi saya tahun ini iaitu DreamChaser-klik. Saya sangat berpuas hati dengan hasil tangan yang dia lakukan..:) TQ ya.



Aku hanyalah seorang wanita
 bermata sepet tanpa kelopak
yang selalu mengimpikan sepasang mata
yang besar dan galak dengan kelopak.............................(bersambung)

Tuesday, August 17, 2010

Nikmat nafasNya

Dan aku masih disini...
kerana nikmat nafas yang ku terima
dari NYA yang menguasai
Aku masih disini,
Melihat, Mendengar, Berkata, Merasa.

Dengan nikmat nafas dari NYA
aku masih mampu melangkah dan berlari
mendongak, tunduk dan masih mampu berpaling
menyesali yang lalu
sebagai pedoman dan pengajaran
untuk meniti titi hidup kini

Dengan nikmat nafas dari NYA
aku masih ada waktu untuk memohon keampunan,
mengucap syukur Alhamdullilah,
menyanyikan zikir-zikir kecintaan pada NYA
walau tidak dapat ku padamkan hitam itu
menjadi putih semula
namun dengan nikmat nafas dari NYA
aku yakin aku masih ada sisa waktu
untuk bermula dari Pertengahan
menuai pahala amalan
untuk ku memberatkan yang Kanan ku
sebagai bekalan di alam Baqa
di padang penghakiman
bila nanti nikmat nafas itu dihentikan oleh NYA


Asli,
Kay Abdullah


I was doing some re-reading on my posts which I've posted on my old blog Cerita Kehidupan, and I found out a very interesting poem of me.:)  I've wrote it, right after I came back from a ceramah agama, about Nikmat-Nikmat Allah at Kelas Agama 3 years ago.

I, personally considered this poem as a VERY SPECIAL one. I wrote it from the bottom of my heart..time tu memang betul-betul insaf..Banyak mesej yang tersembunyi dalam sajak ini. And as the original writer of the poem I am very proud of myself, don't know why, but I think that I deserved to feel that way. (*_*)

Monday, August 16, 2010

Update terlewat...:)


sudah menonton movie ini?
ya, macam lewat sikit pula promote movie ini.
BEST..!! lagipun saya minat dengan Angelina Jolie
Saya sudah tengok pada 8.9.2010  oppsss...salah la..pada 8.8.2010..(tima kasi seabiscuit)
sehari sebelum Birthday saya..



Nah, my 31st birthday's cake...Yummy...
Potong kek ni pun awal 2 hari dari tarikh birthday sebenar..:)

Sajak..

Harapan seorang ayah
Kepada seorang cikgu

Dari jalan sempit
Kelikir berselut si tanah merah
Diayunkah langkah kaki penuh tekad
Dengan kudrat tersisa
Seorang ayah tua
Memimpin anak kecilnya
Yang terkekeh-kekeh riang

Nah cikgu, ini anak kecil ku.

Bimbinglah dia.
Bangkitkan rohaninya
Semaikan kecintaanya pada keagungan Sang Pencipta
Pada setiap hela nikmat nafas yang dipinjamkan padanya
Agar dia tahu, dia bukan pemilik mutlak akan dirinya

Bangunkan pohon-pohon emosinya
Putikkan segala perasaan dalam aliran darah tubuhnya
Biar dia sedar, hidup bukan sekecil rumahnya
Nanti,
dia tahu berjuta orang
zarah-zarah udara harus dia berkongsi

Cikgu ,
Jangan juga lupa.
Tolong aku,
Bangunkan segala urat-uratnya yang masih tidur
Kukuhkan dan ketatkan cengkaman sendi-sendinya
biar ada lebih
tenaganya melawan deduri tebasan

kukuhkan untaian fikirannya
yang masih terlalu rapuh di mindanya
penuhkan jiwanya dengan semua ilmu-ilmu
ajarlah dia,setiap langkah dalam kehidupan ini
adanya ironi
ajar dia melengkapi setiap persegi hidupnya
dengan senjata dan perisai terpilih
untuk seorang manusia
yang perlu menjadi manusia

aku mahu dia menjadi manusia
bersifat manusia

kerana aku, ayah tuanya
mungkin tidak selayakknya
memberikan semua itu
secukupnya untuk dia.

 
Asli dari pena,
Kay Abdullah.

Sajak di atas adalah sajak pertama dari lima sajak yang saya perlu hasilkan untuk projek LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) yang wajib kepada semua staff dalam organisasi tempat saya bekerja. Dalam LDP ini terdapat 5 kategori yang boleh dipilih iaitu Kajian Tindakan, PBL (Project Base Learning), Book Review, Penulisan Ilmiah dan juga Penulisan Kreatif. Sajak termasuk dalam kategori Penulisan Kreatif.

Dalam penulisan Kreatif, semua penulisan sama ada cerpen, dairi, dan juga sajak mestilah  bertemakan pendidikan. Ya, bukan mudah. Saya memang sangat suka menulis sajak, walaupun jarang saya kongsikan dalam blog ini, tetapi bila perlu menulis mengikut suatu tema yang tertentu, saya sendiri mengeluh dan untuk menghasilkan sajak di atas saya telah mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkannya. Tambah-tambah susah lagi, saya bukannya guru Bahasa Melayu ataupun Kesusasteraan Melayu. Tapi, cabaran perlulah disahut.

Idea yang ingin saya sampaikan melalui sajak tersebut ialah tentang REJI (Rohani, Emosi, Jasmani dan Intelek) iaitu item penting dalam pembentukkan modal insan yang seimbang selaras dalam penyataan FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaaan). Baik, pembentukkan modal insan itu biasanya bermula di rumah tetapi bukan semua ibu bapa yang mampu memberikan segala-galanya, jadi kewujudan institusi yang dipanggil sekolah boleh membantu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka seterusnya merealisasikan hasrat negara dalam menghasilkan pelapis bangsa yang seimbang REJInya.

Untuk semua kawan-kawan blog dan juga pelawat blog TULUS DARI HATI  ini, sudi-sudilah komen sajak ini ya. Mana tahu ada penambahbaikan dari segi gaya bahasanya. Terima kasih.
SELAMAT MENEMPUH MINGGU BARU

Sunday, August 15, 2010

Mahu cantik...kena hati-hati

Siapa yang tidak mahu cantik dan kelihatan cantik? Saya yakin kita mempunyai keinginan untuk tampil cantik sama ada dari segi rupa paras dan juga susuk tubuh. Sebab itulah, ada di kalangan kita yang akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan tahap kecantikan yang memuaskan hati masing-masing. Yang muka berjerawat, beli krim jerawat, sanggup tidak makan makanan berminyak, yang gemuk akan rajin bersenam dan yang mampu pula akan ambil jalan singkat dengan mengunjungi pusat-pusat slimming, yang kulit tidak cantik pergi ke spa untuk mandi lulur dan tidak terkecualilah ramai yang sanggup membeli produk kecantikan dan pelangsingan badan yang berlambak di pasaran. Semuanya untuk memenuhi kriteria CANTIK masing-masing.

Angelina Jolie yang cantik

Berita Harian bertarikh 15/8/2010 dalam artikelnya bertajuk idam nak cantik jadi gila, menyatakan sebanyak 47 produk kecantikan yang dijual di pasaran iaitu produk pelangsing badan, kosmetik dan ubatan tradisional telah disenarai hitam kerana mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ironinya, produk-produk tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Mana silapnya?

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.


Ohh..terdapat unsur PENIPUAN rupanya. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga produk-produk yang telah disenarai hitamkan, KLIK SINI
 
Jadi pesanan saya kepada semua, berhati-hati lah bila memilih produk kecantikan. Jangan pula niat mahu cantik tapi hasilnya makin parah. Amalkan hidup dan kegiatan yang sihat untuk cantik, banyakkan senyum, tangani stress dengan baik, jangan simpan dendam dalam hati, ikhlaskan niat, dan buat semua yang baik-baik dan cantik-cantik saja. Apapun, bagi saya kita semuanya CANTIK & MENAWAN....:)
 
aktiviti seperti yoga boleh membantu menurunkan berat badan