Siapa yang tidak mahu cantik dan kelihatan cantik? Saya yakin kita mempunyai keinginan untuk tampil cantik sama ada dari segi rupa paras dan juga susuk tubuh. Sebab itulah, ada di kalangan kita yang akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan tahap kecantikan yang memuaskan hati masing-masing. Yang muka berjerawat, beli krim jerawat, sanggup tidak makan makanan berminyak, yang gemuk akan rajin bersenam dan yang mampu pula akan ambil jalan singkat dengan mengunjungi pusat-pusat slimming, yang kulit tidak cantik pergi ke spa untuk mandi lulur dan tidak terkecualilah ramai yang sanggup membeli produk kecantikan dan pelangsingan badan yang berlambak di pasaran. Semuanya untuk memenuhi kriteria CANTIK masing-masing.
Angelina Jolie yang cantik
Berita Harian bertarikh 15/8/2010 dalam artikelnya bertajuk idam nak cantik jadi gila, menyatakan sebanyak 47 produk kecantikan yang dijual di pasaran iaitu produk pelangsing badan, kosmetik dan ubatan tradisional telah disenarai hitam kerana mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ironinya, produk-produk tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Mana silapnya?
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Ohh..terdapat unsur PENIPUAN rupanya. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga produk-produk yang telah disenarai hitamkan, KLIK SINI
Jadi pesanan saya kepada semua, berhati-hati lah bila memilih produk kecantikan. Jangan pula niat mahu cantik tapi hasilnya makin parah. Amalkan hidup dan kegiatan yang sihat untuk cantik, banyakkan senyum, tangani stress dengan baik, jangan simpan dendam dalam hati, ikhlaskan niat, dan buat semua yang baik-baik dan cantik-cantik saja. Apapun, bagi saya kita semuanya CANTIK & MENAWAN....:)
aktiviti seperti yoga boleh membantu menurunkan berat badan
9 comments: