Secara tidak keterlaluan, saya ingin katakan yang saya sangat suka membaca selain daripada menulis Sajak. Artikel, Journal, News Paper, Majalah, Buku teks, letak saja lah di depan saya, saya akan baca walau mungkin tidak saya habiskan (sekiranya tidak menarik minat) Novel, itu yang paling saya suka. Jujurnya, saya mula membaca novel seawal darjah 5 atau 6 (mungkin juga terjangkit dengan minat kakak dan abang yang lebih tua), dan minat itu masih segar dalam diri saya, hinggalah sekarang. Pada sekitar umur belasan tahun, saya sangat suka mengunjungi Perpustakaan Daerah semata-mata untuk meminjam buku cerita sama ada dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Waktu itu siri Mills & Boon adalah buku BI yang pertama saya baca selain dari Buku teks BI sekolah (setakat yang saya masih ingat). Walaupun kini, saya agak berat kepada cerita fiksyen dan juga cerita benar, tetapi saya juga tidak pernah menolak untuk membaca genre novel yang lain. Hakikatnya saya ada koleksi buku Hard Copy dan Soft Copy genre Historical Romance, Romance, Penyiasatan, Motivation dan banyak lagi.
Dari segi penulisnya pula, saya agak memilih dan saya sangat meminati tulisan Sidney Sheldon, Danillie Steel dan Ramli Awang Murshid. Walaupun demikian ada juga penulis lain yang turut menjadi keutamaan saya sewaktu membeli buku iaitu Jean Sasson, John Grisham dan beberapa penulis yang saya pilih secara rawak seperti Kate Furnivall- Russian Concubine yang ternyata cara penulisannya tidak mengecewakan.
Koleksi Novel untuk 2010 (sudah habis dibaca)
Kebiasaannya, sewaktu berada di Book Store, saya akan membaca sinopsis novel terlebih dahulu sebelum membelinya. Sebab saya menekankan cara pembelian - BELI BIAR BERBALOI- bukan sahaja Novel, tetapi semua barang-barang peribadi saya juga. (*_*)
12 comments: