Wednesday, April 20, 2011

kraftangan di rumah (2)

Untuk bahagian kraftangan di rumah kali ini, saya akan memperkenalkan 2 alatan yang sering terdapat di rumah kediaman Dusun Kimaragang.


Saab (kanan), Rilibu/Rolibu (kiri)

Pernah nampak?


Mungkin juga dalam bahasa melayu kedua-duanya dipanggil Nyiru tetapi dibezakan dengan nyiru bulat atau nyiru bujur. Bagi orang Kimaragang, nyiru yang bulat dipanggil Saab dan Rilibu bagi yang bujur. Kegunaanya juga hampir sama tetapi masih ada bezanya. Kedua-duanya digunakan untuk "mangatap" atau dalam bahasa melayunya menampi padi. Tetapi biasanya, apa yang selalu saya aplikasikan, saab akan digunakan untuk "mangatap" padi yang baru dituai dan telah dipisahkan dari tangkainya dan bertujuan untuk mengasingkan biji padi yang berisi dengan yang kosong. Rilibu pula sesuai digunakan untuk "mangatap" beras yang telah diproses (ditumbuk menggunakan lesung dan kayu penumbuk atau  digiling) untuk mengasingkan hampas-hampas kulit padi atau "tapol". Selain itu, rilibu juga sering digunakan untuk kerja "meniri" oleh orang Kimaragang. Proses meniri ini adalah proses mengasingkan beras dengan biji-biji padi yang tidak lumat selepas menumbuk padi. Proses meniri memerlukan kemahiran yang tinggi. Biasanya, dalam proses ini, beras akan dipaksa untuk berada di depan rilibu dan biji-biji padi pula akan ke belakang rilibu melalui gerakan -kiri, tengah dan kanan-. Proses meniri yang mengambil masa 15 minit, atau juga 30 minit (bergantung kepada kemahiran individu dan jumlah beras dalam rilibu) dan akan menghasilkan irama yang mengasyikkan.

3 comments: