Perasaankah anda bahawa peralatan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian merupakan kraftangan? Ya atau tidak? Dalam kalangan suku kaum saya iaitu Dusun Kimaragang, terdapat beberapa peralatan yang sering kami gunakan merupakan kraftangan (kalau cantik boleh diberikan sebagai hadiah atau "tanda mata" kepada kawan-kawan)..(^_^)
"Takiding" (mungkin ejaannya agak dimelayukan), tetapi yang biasa saya dengar orang akan menyebutnya "Tokiding" (mungkin juga saya dipengaruhi oleh sebutan "melayu-dalam" orang-orang di tempat saya. Namun, apa pun sebutannya ianya masih membawa maksud yang sama dan bagi Dusun Kimaragang, ianya dipanggil sebagai "Pataan".

Pataan (kiri), Wakid (kanan)
gambar koleksi sendiri (ini saja yang ada- sudah hampir rosak sebab kerap kali digunakan)
Pataan yang diperbuat daripada "wakau (rotan), sangat terkenal digunakan untuk menyimpan padi yang baru dituai (juga dipakai ketika menuai padi), jagung, daun tembakau dan juga benda-benda kecil. Alat ini juga sering digunakan oleh orang-orang Kimaragang untuk mengangkut bahan-bahan jualan (ke tamu) seperti sayur dan buah-buahan.
Bagi tujuan untuk mengangkut bahan yang lebih berat pula, kebanyakan orang Kimaragang akan menggunakan satu lagi jenis tokiding yang disebut wakid . Alat ini diperbuat daripada jenis bambu yang dipanggil sebagai"wulu"(saya sendiri tidak begitu pasti jenis yang mana satu kerana orang Kimaragang ada mengklasifikasikan bambu kepada tiga jenis iaitu "Wulu", "Taur", dan Tumbalang". Wakid digunakan untuk mengangkut biji kelapa, ubian dan pelbagai produk yang lain dan agak kurang selesa sedikit berbanding jika anda menggunakan pataan.
1 comment: