Tuesday, April 12, 2011

lagi taktik penipuan baru..

Sebelum ini saya menulis tentang taktik penipuan yang menjerat ramai orang di negara kita termasuklah  seorang kawan saya si Labu (bukan nama sebenar) dan seorang lagi yang ingin saya gelar si Labi. Taktik penipuan tersebut biasanya akan menawarkan sejumlah wang kepada mangsanya ataupun menjadikan si mangsa sebagai penama wasiatnya. Tetapi sebelum mangsa menerima semua wang dan wasiat tersebut mangsa perlulah menuruti permintaan-permintaan si penipu tersebut.

Untuk post tersebut sila klik - FIKIR LOGIK SAJA

Mambaca Mymetro pagi ini saya tertarik dengan tajuk RM5000 lesap bahana e-mail. Apa lagi ni? Oh rupanya ada lagi taktik penipuan yang baru (bagi saya) sekarang ini dan beberapa orang sudah pun menjadi mangsanya. Dikatakan, penipu tersebut akan menghantar e-mail kepada para mangsanya dan dalam e-mail tersebut memerlukan mangsa untuk mengemaskini data dan maklumat peribadi. Taktik baru ini sedikit menyakinkan kerana laman web palsu tersebut sama dengan laman web bank tertentu. Berita lanjut 


Memang terlalu banyak taktik penipuan zaman sekarang ini, jadi kita sentiasa perlu berhati-hati dan membaca serta berkongsi berita-berita penipuan dengan kawan-kawan. Biarlah kita menyedarkan diri kita sendiri dan juga masyarakat terdekat kita. 


p/s: Kalau kena dengan saya, berputih mata si penipu ni..maklumlah..duit dalam akaun hanya sen-sen ja..hahahaha

5 comments: