Kota Marudu atau lebih dikenali sebagai Bandau, sebuah daerah yang terletak di utara Sabah dilanda banjir kali kedua dalam masa kurang dari 24 jam. Banjir pertama ialah pada petang kelmarin yang telah surut beberapa jam kemudiannya. Walaubagaimana pun, hujan lebat yang turut disertai dengan angin kuat sejak malam menyebabkan daerah yang memang terletak dalam kawasan tanah rendah itu dilanda banjir sekali lagi. Dan sekitar jam 4 petang ini (12/3/2011) keadaan banjir masih lagi belum surut malahan dikhuatiri akan lebih buruk berikutan hujan lebat yang tidak menampakan tanda-tanda akan berhenti.
peta Negeri Sabah- Kota Marudu terletak besebelahan dengan daerah Kudat dan Pitas.
Banjir, apatah lagi hujan lebat dalam sekitar bulan Mac memang suatu yang agak jarang berlaku di daerah ini, tetapi ramai yang berpendapat bahawa ianya disebabkan oleh kesan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun pada 11/3/2011.
2 gambar banjir yang melanda Kota Marudu hari ini
air telah menaiki jalan raya di kawasan round about Pekan Goshen
Hujan lebat sedang turun dan tidak ada tanda akan berhenti dalam masa terdekat
(maat image kurang jelas -dipinjam dari facebook seorang kawan Nong Tuyundo)
1 comment: