Tuesday, December 31, 2013

Percutian Ke Yogjakarta

Berkesempatan melawat ke Yogjakarta selama 4 hari 3 malam baru-baru ini bersama 2 orang kawan. Ianya suatu pengalaman yang baik, lebih-lebih lagi bila melawat dua candi yang terkenal di Asia Tenggara iaitu Candi Prambanan dan juga Candi Borobudur. Kedua-dua candi ini merupakan tinggalan bersejarah yang menggamit hati para pelancong yang datang ke Yogjakarta.

 photo 87ad83db-d3c1-41df-a3b7-a3298c379312_zps4cd072d6.jpg
 photo IMG_20131120_161517_zps1d185289.jpg

 photo IMG_20131120_160913_zps6e2cf99f.jpg
Borobudur
 photo IMG_20131120_121232_zps6a032854.jpg
Candi Prambanan
 photo 1b184f56-5596-4a6d-8205-085ee7de6c6e_zps1dcfcfbb.jpg
 photo 2d8a2c9f-9a3a-41e2-a13d-fc47bbde5025_zps351a83cc.jpg
 photo IMG_20131121_132318_zps362c4be8.jpg



Posting Asal: tulusdarihati.com

Happy New Year 2014

All the best in 2014 to all of you..:)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, October 12, 2013

Aku adalah manusia

Manusia, sudah sifatnya suka berharap. Apatah lagi pada yang indah pada penilaiannya.

Manusia, sudah sifatnya mudah percaya. Apatah lagi pada yang indah dan manis kedengarannya.

Manusia, sudah sifatnya akan menunggu. Apatah lagi bila ada ruang untuk begitu.

Sudah namanya manusia.

Aku adalah manusia. Punya hati dan rasa.

 

“need to focus on my assignments”.

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Thursday, September 5, 2013

Pesona Persona Mu

PESONA PERSONA MU

 

Kerana  kau dan pesona mu

Langkah ku terkaku

Lidahku kelu

Memula bicara aku malu

 

Lalu ku biarkan kau berlalu

meninggalkan aku yang masih terpaku

bersama kesal yang memburu

memukul hati bertalu-talu

 

lantaran persona mu yang penuh pesona

biarlah aku menganyam kata

akan sebuah indahnya cinta

walau dalam khayal asmara

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Wednesday, September 4, 2013

Minyak naik 20 sen!

Minyak naik 20!

Hah naik lagi?

Bising, kecoh, marah – semua kedengaran sana sini

Tiba-tiba: woi apa bising-bising, baru naik 20 sen pun!

Tiba-tiba: baru 20 sen, masih murah tu banding dengan Negara lain (Thailand, Veitnam, Filipina, Indonesia, Singapura)

Tiba-tiba: Minyak petrol naik, pasti x memudaratkan rakyat, kerana yang ada kereta besar ada lah orang2 besar dan berkemampuan, orang kg ada tak berkereta.

Okey selepas sehari, kini saya terima seadanya kenaikan harga minyak tersebut walau dalam hati geram dan geram dan geram. Tambah geram bila baca respon YB pasal kenaikan minyak kali ini.

Benarkah kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu tidak memudaratkan? TIPU!. Lepas ini banyak / hampir semua barang akan naik harga. Kenapa?

“halaga minya naik mah, halaga balang2 pun misti naik pinya”

Dalam berita “Kerajaan jamin harga barang kawalan tidak akan naik berikutan dengan kenaikan harga minyak sejak selasa lalu.

Okey dengar dan baca – harga barang kawalan! Harga barang bukan kawalan bagaimana?

Sebelum ini pun kerajaan jamin harga minyak tidak akan naik, tapi apa sudah jadi sekarang? Benarkah kerajaan jamin tidak akan ada kenaikan harga barang lepas ini? Kita tunggu dan lihat.

Wei diamlah, kira ok lah harga minyak kita ni banding dengan Negara lain..

Sikit-sikit banding, banding, banding. Jadi lepas ini apa-apa yang berlaku di Negara kita perlu bandingkan dengan Negara lain lah? Tak kan harga minyak kita sama mahal dengan harga di Negara lain baru puas hati?

Orang besar saja yang ada kereta? Wei Datuk, tolonglah turun ke kampung2 ya. Jangan fikir kenaikan harga minyak ini hanya dirasai oleh orang yang ada kereta. Orang kampong yang tidak ada kereta pun tetap akan merasa bebanya Datuk. Saya bagi carta alir yang simple saja lah bagaimana harga minyak ini beri kesan kepada orang yang tidak ada kereta ya, Datuk

Orang kampong -> naik kereta sewa –> naik minyak, kereta sewa naikkan tambang/sewa –> yang terbeban orang kampong.

FAHAM?

Lepas ini sewa kereta / bas sekolah mesti naik. Pengusaha bas sekolah pun manusia juga, mahu makan. Minyak naik, sewa pun akan naik. Kesian lah kepada ibu bapa yang punya ramai anak yang bersekolah. Purata sewa bas sekolah sekarang ialah RM40.00 – RM45.00 seorang. Jangan hairan lepas ini naik kepada RM50.00 – RM60.00 seorang.

BERSYUKUR?

Nampaknya KUASA BELI rakyat semakin rendah.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Merdeka ke-56, Malaysia!

Well, well, well. What a long silence.

Lama juga saya tidak memberikan update kan. Sebenarnya saya agak tidak berminat berblogging beberapa bulan lepas, dan juga sibuk dengan perkara lain hinggakan saya melupakan sebentar akan blog ini. Dengan semangat yang tiba-tiba datang untuk mengupdate blog, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 56. Jadilah warganegara yang mencintai Malaysia!

Google image



Posting Asal: tulusdarihati.com

Tuesday, July 23, 2013

Monday, July 8, 2013

Jadual berbuka dan Imsak Ramadan 1434H / 2013

Sila klik link berikut untuk mendapatkan jadual berbuka dan imsak Ramadan 1434H

Jadual berbuka dan imsak 2013

 

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga mendapat berkat dariNYA.



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, July 6, 2013

Rindu yang pergi

Rindu yang pergi

 

Rindu yang pergi

Enggan tuk kembali

Walau diseru jampi

Dengan kemenyan api

Tika malam sepi

 

Rindu yang pergi

Patah dari hati .

 

K.Nisa Masingan

Julai, 2013

UPC Kota Kinabalu



Posting Asal: tulusdarihati.com

Yoga?

Currently new “good thing” in my life is Yoga.

Terjangkit by blogger friends – wyne, Stella and Wency. I think chegu pun terjangkit by them juga . Kan Chegu? Dulu (lebih kurang 5 tahun lepas saya buat yoga juga but lama-lama hilang itu minat. So, I could not promise to myself that I will stick into Yoga forever. Tahulah ni, sikap hangat-hangat tahi ayam juga. Hehe. But so far, saya buat yoga dengan semangat 5 days berturut-turut tanpa gagal. Pagi dan petang. Sampai kakak tegur kerana kekerapan beryoga tersebut. Haha. As a beginner, I just doing the simple yoga poses which highly recommended for my level. On the third day, berani-berani sudah buat pose yoga yang berat but although I tried variety of yoga poses but I could says that my concentration is more into fat burning yoga poses.

 photo PicsArt_1372981473755_zpsf1769402.jpg

Yeah, I am doing yoga on day 5. masih keras and bengkok2 lagi itu kaki. Anyway I am happy because I can do the bow pose dengan baik walau belum begitu ngam. Untuk bulan puasa ini, saya terpaksa mengurangkan yoga, so faham2 lah kalau yoga pose saya kurang sudah di Instagram ya kawan-kawan. :)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Monday, July 1, 2013

Tewas (1)

Tewas (1)

 

kira aku cukup dewasa

Mentafsir segala ayat kata

Rupanya aku tewas juga

Pada gula selaut dusta

 

 

K.Nisa Masingan

Julai, 2013



Posting Asal: tulusdarihati.com

BINTI?

“Ini tunang I. Sambil dia menggapai lembut lengan lelaki yang berada di sebelahnya. Berdiri dengan gaya macho. His name is Drew.”

Rambutnya yang hitam pekat. Wajahnya yang tampan. Tidak salah saya merenungnya agak lama. Memang padan dengan Zara yang cantik.

“Hi Drew. Apa Kabar?”. Teragak-agak aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Seperti aku, dia juga agak kekok mengeluarkan tangan yang bersembunyi dalam kocek seluarnya untuk menyambut salam ku.

“okay.” jawabnya ringkas. Merdu suaranya.

Aku dan Zara meneruskan cerita. Tapi dia lebih menguasai ruang tersebut. Dari dia berhijrah ke German, kemudian ke Australia dan setelah 9 tahun itu baru kali ini dia balik bercuti ke Malaysia. Pelatnya juga agak ganjil di telinga ku. Sesekali Drew menyampuk. Tapi lebihnya Drew hanya diam melayan HP.

Pengumuman terbaru yang menbelah ruang legar menunggu LTAKK Terminal 2 mematikan cerita kami. Lantas Zara mengeluarkan beberapa keping kertas dan buku bewarna Merah dari sling bagnya.

“oppsss”. Cepat tangan zara memungut kembali sekeping MyKad yang jatuh di lantai namun kerana kegopohannya itu, Mykad tersebut terjatuh lagi. Aku menolongnya kali ini. Sempat Aku baca nama yang tertera.

Ketika mereka berdua semakin hilang masuk dalam ruang berlepas, aku semakin tertanya.

BINTI.

Hanya mereka berdua. Nama dalam MyKad yang aku pungut tadi bukan miliknya Zara.

BINTI?

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Friday, June 21, 2013

Food story?

Memasak sesuatu yang fun but bila melibatkan satu kumpulan yang perlu diurus, memasak akan menjadi suatu yang sangat memenatkan!

Here are some photo of my Ekonomi Rumah Tangga students (2 Ikhlas) doing their Amali Memasak for the Pengurusan dan Penyajian Makanan topic.

Untuk topik ini perkara yang dinilai ialah Penyediaan, Memasak, Menghidang dan Etika Makan, dan saya tambah satu lagi penilaian iaitu membungkus makanan bekal.

 photo RcntHTVBth3tuMzRwVkaeHf2VDJWPhMrwE2f1taz4J4_zps561e6162.jpg

 photo P2cQ0rK9DY0DblXK8INP8bT7iVkgcrqkdfGh1hOVf-8_zps72333c32.jpg

Overall I am a little bit disappointed with their attitude and the performance as well. Lack of cooperation among the group members and banyak main-main. I divided them into 6 groups a week before but only 5 groups managed to do the amali whilst 1 group just sitting and watching because they not have bahan to cook! Kawan yang sepatutnya bawa bahan utama was absent. Buli-buli ah tidak hadir time amali. 0 markah!

By the way I still managed to do all the evaluation that I need for this class and next week I will repeat the same process (same orders and kepenatan?) with 1 more class. Hope they can do better.

Oh ya, I masak spagetthi for my berbuka last Tuesday. Okay, even the ingredients are not enough but I still called my masakan as Spagetthi Bolongnese. :)

 photo 199e3f5f-35cc-4b63-981a-584efec0a8b9_zpsf764f6a7.jpg

 

Dibalik titis air mata mu

Tidak pernah akan kau selami

Tangis dalam hati ku

Yang tidak pernah terhenti”

 

Jun, 2013.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Sunday, June 9, 2013

Back to work

Yeah..I will be back to work this afternoon. (yeah?)..I am sounds so happy, right? Hehehe.

Harap2 semuanya okay today. Biasalah kalau balik kerja setelah bercuti memang perasaan agak melayang-layang tu.

 

Biar sekali

 

Kenapa perlu bertahan,

pada rasa yang hanyalah beban,

sedang kau punya banyak pilihan.

 

Tikamlah sekuat hati,

bunuh tanpa simpati,

biar rasa itu sekali mati.

 

baiknya sakit hanya sekali,

daripada berulang kali.

 

Jun, 2013.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Thursday, May 30, 2013

update?

Bohong (I)

Kau bilang,
untuk aku, kau rela berhujan.

Namun saat sesudah kau basah
Mengapa perlu kau impikan sinar mentari?

May, 2013.

Hi guys. Lamanya saya tidak update blog. Alasan? Sibuk Dan malas. Honest exsuses. But these few days I am quite free and I have a very excellent internet connection but then I don’t have my PC with me but only my HP. So saat ini menggagahkan diri update blog using my HP. Let’s see OK ka tidak.

So how was your holiday so far? I’ve been checking my fb now and then and seems most of my friends are excited about the Harvest Festival. Jadi kamu p ka di KDCA ni? Atau sudah ada di situ? Bah apapun, semoga kami semua enjoy the celebration dan jangan terlalu minum tapai. Hehe.

From me, kotobian tadau tagayo dot kaamatan kumaan dikoo kiawi.



Posting Asal: tulusdarihati.com

Sunday, May 12, 2013

One of my cita-cita :)

Rindu (1)

Hangat rindu ini

bagai lahar api

dari bukitnya Merapi

 

April, 2013

 

Rindu (2)

Ketiadaanmu

umpama pantai terbiar

Ombak juga enggan bertamu

 

Sepi dan keseorangan

memahat rindu menyakitkan.

 

Mei, 2013

 

Some of my friends said to me that I am too jiwang person. Jiwang? just because I am so into poemJiwang meh? I don’t know. Maybe yes, but maybe not. But big YES! I love writing poems very much! It’s a therapy for me. The cheapest one, of course! (at least cari ilham buat sajak boleh membantu saya meminimakan online shopping punya aktiviti)

Ya, my poems are tiada-tiada but actually each of my poems has its own story but I prefer not to explain or to share the meaning with people . It’s better to let people make their own assumption / conclusion after reading them. I think that will be more interesting.

A friend of mine (A special one) once said to me that I should come up with my own book of Kumpulan Sajak Peribadi. It’s an interesting idea and he keeps on asking me “bah mana sudah itu pengenalan untuk buku ko?” but when I think about it deeply, I don’t think I am ready for that stage yet. Maybe not until end of this year. But Sooner or later I will publish my own book. Maybe not for sale, let says as a gift or souvenir for friends. :) .

Ya, that’s one of my cita-cita dalam hidup. :)

 

Janji (1)

Mengingat janji mu

umpama petir memanah

menusuk nyawa hati

 

April, 2013

 

Happy Monday to you all..:)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Tuesday, April 23, 2013

Kehilangan (1)

Kehilangan (1)

derita kehilangan

kian membebani rasa

ketika langkah kakimu makin menambah

 

 

Kay Masingan

April, 2013


Sajak ini tidak berkaitan dengan diri saya sebenarnya. Those words came across my mind when I was busy typing soalan peperiksaan for Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, this morning. Sana mau buat soalan, sana juga lah ada jiwa bersajak-sajak konon. Haiya!

 

Picture: Google Image



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, April 20, 2013

Cinta Kunang-Kunang

Cinta Kunang-Kunang

Bagai kelipan si kunang-kunang

Seperti itu adanya cintamu

Seketika ada, seketika tiada

 

Cintamu bagai si kunang-kunang

Terlihat hanya indah

Tapi rasanya pahit berbisa

 

cintamu cinta kunang –kunang

seketika di situ, seketika di sana

kau tidak pernah kenal setia

 

Kay Masingan

April, 2013.

 

Image: Google Image



Posting Asal: tulusdarihati.com

Sunday, April 14, 2013

Monday with Flowers :)

Jalan-jalan di Kundasang kelmarin.

It was an unplanned trip actually but I enjoyed it very much anyway. Since our time is very limited, we only managed to visit Kundasang War Memorial which is located next to the main road.

Ini gambar orkid dan bunga-bunga yang saya ambil ketika berada di Kundasang War Memorial. Jangan tanya apa nama orkid dan bunga tersebut ya, saya tidak tahu.

 photo Camera1_zps62cb7844.jpg

 photo Camera2_zps40e1071c.jpg

 photo Camera3_zpsc5fd7a8f.jpg

 photo Camera4_zps84591732.jpg

Sangat cantik, kan?

Best kalau ada di kawasan rumah sendiri.

Have a blessed Monday to you all :)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Wednesday, April 3, 2013

Adakah kamu baik?

PRU 13.

Parti ini cakap parti itu (parti lawan) tidak baik.

Parti lawan pula tidak ketinggalan cakap parti yang satu lagi tidak baik.

Saling berbalas - menjulang kejahatan setiap parti dan juga pemimpin parti.

Berlumba-lumba mencanangkan kejahatan dan keburukkan parti lain

Jadi adakah kamu itu baik? Kalau kamu baik maka kamu tidak akan melaung-laungkan keburukkan parti dan pemimpin parti yang lain.

Adakah kamu baik?

Adakah kamu cukup baik?

Alangkah baiknya jika setiap parti berlumba-lumba memberikan pembangunan kepada rakyat.

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, March 30, 2013

My first jalan-jalan in 2013

Terbang ke kuching recently. That was my first jalan-jalan in 2013 selepas tiket saya ke Shen Zhen telahterbakar“ kerana tarikh yang tidak sesuai.

I  and of course together with my group (five of us) visited several places while we were in Kuching. It was a free and easy vacation type. Meaning everyone are free to decide and choose when and where to jalan-jalan. But, most of the time we are all together juga lah.

Places yang kami lawat ialah:

1. handicraft shops yang sangat lah merambangkan mata

2. China Town yang tidak nampak seperti China Town

3. Indian Street – most of the jualan are kain

4. Waterfront – I likes that place

5. Kuching City – walau city touring-nya tidak lah touring sangat

6. Kampung Budaya Sarawak – Tapi tidak masuk dalam

7. Bako National Park – Sampai Jetty saja

8. Kedai tembikar – I bought tembikar kucing.

Here are some random pictures of my jalan-jalan in Kuching ( I took lots of pictures actually but I am super duper lazy to uploaded them all in here).

 photo IMG_20130326_204150-001_zps99c31bb5.jpgStayed at this hotel for 2 nights. A good place to stay if you planning to visit Kuching with a tight budget. I personally rate this hotel 4/5 stars.

 photo IMG_20130327_081628-001_zps4d2f0d88.jpgMorning view of Kuching City. A clean city and just look at the picture once again. It hard to spot even a tiny rubbish right?

 photo IMG_20130327_081704-001_zps974e4b98.jpgOne of the hotel in Kuching.

 photo IMG_20130327_082108-001_zps49970df4.jpgLIAR! mana ada buka 24 jam. This is a misleading signboard actually. The owner should change this signboard or else a angry customer will sue them one day. Siapa tau!

 photo Camera_zpsd48950d0.jpgKami masuk juga dalam restaurant Khatulistiwa. Saya suka the decorations inside the restaurant. So unique!

 photo IMG_20130327_121451-001_zps9a8cbd30.jpgMuzium Kucing di Bandaraya Kuching Utara

 photo IMG_20130327_142106-001_zps1feace10.jpgSarawak Cultural Village.

 photo IMG_20130327_191652-001_zps78157076.jpgSarawak River Cruise. If you a sunset lovers, cruising the Sarawak’s river with this cruise is a must for you! Dengar-dengar hanya bayar RM60.00 saja.

 photo IMG_20130326_093920-001_zpsd6d5f978.jpgLaksa Sarawak! A must try meal if you visiting Sarawak. Tapi malangnya laksa dalam gambar yang saya makan ini tidak sedap.

 photo IMG_20130326_143956-002_zpsc489c094.jpgClean, clean and clean.

I love Kuching. It is a clean city and yes plan to re-visit this city again, soon. :)

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Monday, March 18, 2013

Selasa

Dilanda kemalasan yang amat sangat. Malas update blog tapi saya rajin juga leave comments on friends’ blogs.

Anyway I am doing fine.  I am too active on Instagram lately. Itu sebab kali blog terbiar sikit.

Oh, I made changes on my blog a little bit- not purposely tapi terklik wrong option. Kalau kamu perasaan komen blog saya link to nuffnangx. I don’t know how to undo it to the previous one – WordPress punya comment option.

Gambar di bawah adalah gambar dari FB saya. Saja letak as hiasan. The view from my house area and took it using my Stealth II phone. Then I edited it using Snapseed.

Kepada semua selamat Hari Selasa.

Semoga baik-baik saja.

:)

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Monday, March 11, 2013

Ninetology Stealth II

What is your favorite gadget brand?

Samsung?

Nokia?

Apple?

Sony Ericsson?

Yeah I am listing those popular brands anyway.

Have you ever heard of ninetology brand? Well don’t worry if you have not as it is not a very popular brand I think. A colleague recommended this brand to me when she overheard my intention to get a new hand phone. But I was not so paying attention to her explanations at that time because I already set my mind to get gomax Pro S as recommended by someone to me.

So last Saturday I went to KK and with a very limited time I looking for the gomax Pro S but I couldn’t. Pusing-pusing lagi, tidak juga jumpa. Time mo putus asa sudah saya jumpa pula ninetology brand. Without much more consideration, I bought the ninetology stealth II for RM699.00 and you can get it for only RM499.00 if you are eligible to the SKMM RM200.00 rebate program.

Google image

Mine is in white color, but yes the product details / descriptions are similar with my set. I like the size, few inches smaller than Samsung Note II – more or less.

Yes, I love my ninetology Stealth II and I don’t have any bad words about this brand so far. Baru juga guna 3 hari and benda baru mesti semua ok. :)

Wanna see other ninetology products? Feel free to visit their page at ninetology.com

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, March 9, 2013

Malindo Air – A new Low Cost Carrier!

A great welcome to a new Low Cost Carrier, Malindo Air!

Malindo is a joint venture owned 51% by Malaysia’s National Aerospace and Defence Industries (Nadi) and Indonesia’s LCC and largest airline Lion Air which owns the remaining 49%. Malindo Air will start services with Lion’s 12 Boeing 737-900ER aircraft, the latest in Boeing’s 737 range.  Source.

And with the tagline Not Just Low Cost, Malindo Air proudly announced their very first operation will be on this coming 22nd March, 2013.

It is  also reported that Malindo Air will become a big competitor to Air Asia, an existing low cost carrier in Malaysia.

So guys, wanna travel / fly with Malindo Air? It’s timely as they have a massive ticket promotion right now at malindoair.com.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Sunday, March 3, 2013

Kata saya pasal Isu Pencerobohan di Lahad Datu

Isu Pencerobohan di Lahad Datu, kemudian insiden tembak menembak. Belum selesai di Lahad Datu, ada pula di Semporna, kemudian penceroboh juga ada di Kunak.

Dalam Berita sekejap sahaja update pasal isu yang sangat membimbangkan ini ditayangkan.

Bila ada update, selain dari berita bertambahnya kematian Parajurit negara dan Penceroboh yang paling jelas ialah kata-kata pemimpin yang berbunyi

KEADAAN KESELAMATAN DI LAHAD DATU MASIH TERKAWAL

Dan tiba-tiba isu yang agak berat ini menjadi isu politik. Si polan kini dibabitkan dengan isu pencerobohan dan seorang polan lagi mengarahkan satu jawatankuasa untuk mengkaji pengelibatan si polan tersebut.

p/s: rasa terkilan juga, kalau isu perang or keganasan contohnya di Gaza ada slot khas lagi dipaparkan di TV, siap ada laporan pemberita khas lokasi lagi tapi isu Lahad Datu ini seakan isu terpinggir saja.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Sunday, February 24, 2013

Pictures for Monday

Sorry about the title. Have no idea what is the best title for this post. And this post actually means nothing. Sekadar blog terupdate.

New and old pictures.
 photo DSC00758_zps71236a5c.jpg

Nampak-nampak saja selipar jenama ayam ni disusun begini. Siapa juga yang punya kaki terbalik ni? Kreatif juga cara menyusun.

 photo DSC00747_zps568c0d6d.jpgDeep sleep. Her name is Kiting.

 photo DSC00714_zpsbe5e0df0.jpgAnother cat. Her name is Putih. A moody cat.

 photo DSC00707_zps90773795.jpgSamsung Galaxy Tab 10.1. I had bought this gadget end of May 2012, then last month I decided to sell it. Now it belongs to one of my colleagues. Gadget/gadgets can make your life easier or stylish but it can be a big waste sometimes.

 photo DSC00762_zps30e9d8b2.jpgA ripe guava fruit. Better pick up the fruit before it becomes rotten!

 photo DSC00765_zpsb36024b7.jpgThe taste was soooo good!

 photo DSC00767_zpsabd7b7f0.jpgAccessories that my  ex-colleague gave to me as a farewell gift when I resigned from an Oil & Gas Company in November 2008. I never wear them. Not even once. I just kept them inside the box. I loved these kind of accessories actually but I just don’t know when and where to wear them.

 

Happy Monday to you all!

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Sunday, February 17, 2013

Siapa Personaliti yang ingin ditemui oleh kumpulan Penceroboh?

Google image

Kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini, sudah menyatakan persetujuan untuk keluar daripada kawasan berkenaan dan pulang ke negara asal. Bercakap kepada pemberita di sini, sebentar tadi, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata kumpulan itu bagaimanapun mahu menemui ‘seorang personaliti’ terlebih dulu sebelum berbuat demikian, yang mana identiti dan tujuannya tidak didedahkan. Ia sekali gus menafikan laporan media Filipina bahawa kumpulan penceroboh yang mengaku Askar Diraja Sultan Sulu itu akan terus berada di kawasan berkenaan.

 

Sumber

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, February 16, 2013

Aku maafkan kamu

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

 

Aku maafkan kamu -Malique ft Jamal Abdillah



Posting Asal: tulusdarihati.com

Friday, February 15, 2013

10, 000 Free Seats!

I was so excited with this promotion last night but too bad that I was miles away from my PC and viewing Air Asia site using HP not very convenient. ( Hp saya ni bukan yang besar ya. Kicil ja). So tahan-tahan sajala dulu.

After I get home this afternoon, I straight away switch on my PC and open Air Asia site. Konon-konon mau berebut lah tu but when I see the travel period, terus hilang excited. I already bought a return ticket to Kuching for March 2013 school’s holiday and I don’t think I can afford for another jalan-jalan in April. Lain lah kalau saya kaya. :(

Anyway those who have not seen this promotion and plan to travel within Malaysia this coming April, please visit Air Asia site and book your ticket (s) now. Jam 12 pagi ini berakhir sudah ini promotion.

Selamat memilih dan membeli tiket!

 



Posting Asal: tulusdarihati.com