Sunday, February 23, 2014

PBS dimansuhkan? Yeah!!

Oppsss..itu tajuk ja tu..:)

Untuk semua warga pendidik.

 

SISTEM Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak perlu dilaksanakan sehingga kajian mengenainya selesai dan satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, hasil penelitian dan kajian berkaitan PBS akan dimaklumkan kelak termasuk tindakan selanjutnya terhadap pelaksanaan sistem tersebut selepas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Cadangan-cadangan tersebut, katanya, mengambil kira dapatan kajian terbaru kementerian, rungutan para guru dan pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

“Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat,”

Kementerian, kata Dr. Khair amat memandang serius isu bebanan tugas yang dibangkitkan oleh guru-guru dalam pelaksanaan PBS serta kesannya terhadap para pelajar. Beliau berkata, PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid dan dalam hal pelaksanaannya, kementerian sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru-guru dan masyarakat.

Bacaan penuh: Tak Perlu laksana PBS

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

No comments:

Post a Comment