Sunday, February 27, 2011

back street business

Philippine Peso diperdagangkan secara bebas di Sandakan? Ya. Itulah senario yang saya lihat ketika melalui belakang kedai menuju ke pasar besar Sandakan. 


duit peso filipina

Sekali pandang mungkin tidak kelihatan sebab individu-individu tersebut juga menjual rokok seludup (yang juga sangat berleluasa di negeri Sabah), tetapi bila didekati sedikit, kita akan nampak duit Peso dalam genggaman mereka. Kemudian, beberapa individu yang berpura-pura membeli rokok seludup akan berjumpa mereka dan berlakulah proses tukar duit secara illegal antara peso dan RM yang sepatutnya perlu dilakukan secara sah di kaunter tukaran wang asing. Sudah berapa lama aktiviti ini berlangsung? sehari, sebulan, setahun atau sudah berpuluh tahun? atau adakah "back street money changer" ini tidak salah dari sisi undang-undang?



antara jenama rokok seludup

bilakah aktiviti "perniagaan jalan belakang" ini akan kabur dari mata kita selama-lamanya?

Image- TQ to Google Image.

No comments:

Post a Comment