Apakah jenis darah anda?
Tahukah bahawa selain mengamalkan pengambilan makanan seimbang, pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan sesorang itu?
Google Image
Sebenarnya saya sudah tahu akan hal ini, lama dulu tetapi tidak pernah ambil kisah dan saya makan apa sahaja yang saja mahu makan tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut sesuai dengan jenis darah saya atau pun tidak. Baik, hari ini saya ingin kongsikan sedikit info penting untuk saya yang berdarah 0. Semoga jadi panduan ketika memilih makanan kepada semua yang berdarah sejenis dengan saya dan juga UNTUK SAYA SENDIRI. (*_*)
Ciri khas golongan berdarah 0:
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- Disarankan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat
(Daging, buahan, ikan dan sayuran)
- Golongan yang berisiko mendapat radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika
makanan yang diambil tidak sesuai
Sumber: Baca Sini
Dalam sumber lain pula iaitu sedikit ringkasan dalam buku bertajuk DIET SIHAT untuk golongan berdarah O tulisan Wied Harry Apriadji & Mazlina Ismail, menyatakan begini:
Makanan yang merangsangkan peningkatan berat badan bagi kumpulan darah O adalah seperti tepung gandum, jagung merupakan bahan yang mengganggu efisiensi fungsi insulin serta memperlahankan kelajuan metabolisme. Manakala Kacang Merah dan Navy Bean, Kacang Dal mengganggu pemanfaatan kalori dan metabolisme zat gizi. Sayur seperti sayur kubis, kubis brussels, kubis bunga dan sawi merupakan sayuran yang mengganggu fungsi hormon tiroid dalam badan bagi golongan yang berdarah jenis O.
Makanan yang membantu penurunan berat badan adalah Rumpai laut (kelp), makanan hasil laut dan garam beriodin adalah makanan yang dapat meningkatkan produksi hormon tiroid serta mengandungi zat iodin. Manakala hati, daging ternak seperti lembu, kerbau, biri-biri dan rusa mengandungi sumber vitamin B yang tinggi dan dapat meningkatkan efisiensi metabolisme dimana meliputi pencernaan makanan, penyerapan sari makanan serta pembuangan sampah makan dan sampah metabolisme. Begitu juga sayur bayam, brokoli dan kailan.
Sumber: Baca Sini
Baca blog ini yang juga ada menulis tentang diet untuk golongan berdarah O: Furdunesia
P/s: Saya masih memerlukan data-data yang lebih update tentang diet yang sesuai untuk golongan berdarah O, jika rakan-rakan semua ada sumber yang lebih baik, harap sudi untuk berkongsi. Terima kasih
10 comments: