Friday, August 13, 2010

"ditindih"

Suspen kan tajuknya..:)

Ok begini ceritanya.

Saya sangat jarang bangun lewat. Kebiasaannya saya akan bangun paling lewat jam 6.45 pagi. Tetapi tadi pagi, mungkin saya terlalu mengantuk, selepas solat subuh saya menyambung semula tidur. Kemudian, pada jam 7.45 pagi, saya tersedar sekejap apabila terdengar housemate membuka dan mengunci pintu rumah (time tu sempatlah tekan punat hp dan cek jam berapa). Selepas itu, saya terlelap lena...dan tiba-tiba

 
Terasa ada sesuatu yang menghimpit dan menindih tubuh saya. SANGAT BERAT. Dalam masa yang sama juga, seluruh tubuh saya tidak dapat bergerak. Pada saat itu saya tahu saya telah ”ditindih”. Saya berusaha untuk mengerakkan ibu jari kaki, dan juga berusaha untuk menolak ”tindihan’ tersebut, tetapi bukan sesuatu yang mudah. Akhirnya dalam separuh sedar, rasanya hampir 5 minit bergelut dengan si penindih itu, saya berjaya melepaskan diri. Syukur Alhamdulillah.

Selepas menenangkan diri seketika, barulah saya tersedar saya tidur dalam keadaan terlentang (patutlah). Mungkin akibat pergelutan tersebut, badan saya terasa sangat lemah. Cepat-cepat saya menghantar sms kepada seorang kawan.
Hantukan atau iblis yang menghimpit saya itu? Tapi kan makluk-makluk tersebut diikat pada bulan puasa.

Apapun, saya mengambil kesimpulan bahawa si penindih itu mungkin marah dengan saya kerana lewat bangun, mungkin dia selalu tidur di tilam saya selepas saya bangun. Selama ini dia boleh tidur ikut jadualnya, tetapi hari ini lewat pula, sebab saya lewat bangun..:) Logik kah? apa pendapat kawan-kawan blogger lain?
Eh geram juga dengan si penindih tu..

 
Ok ini cerita benar tapi, tidak ada paksaan untuk semua pembaca mempercayainya ya. Tapi rasanya semua orang pernah mengalami situasi ini kan.

6 comments: