Monday, August 23, 2010

Bahana Mercun...

Berita semalam tentunya sangat menyedihkan. Di Kuala Terengganu, seorang kanak-kanak meninggal dunia dengan mayatnya tersangkut pada dahan kayu selepas terpelanting apabila sebuah rumah tinggal yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga di sini, semalam. Berita lanjut baca dalam Berita Harian MATI MELAMBUNG 

Sementara itu, di Kota Bahru, seorang kanak-kanak cedera di beberapa bahagian badannya bila bola mercun yang dijumpainya meletup. Baca Murid cedera di mata akibat terkena serpihan mercun

Untuk makluman, larangan pembakaran mercun termaktub dalam Akta Bahan Letupan Pindaan 1991 dan diklasifikasikan sebagai bahan letupan kecil (sumber Wikipedia). Tetapi dimanakah silapnya? Kenapa masih lagi berleluasa penggunaanya?

Setiap kali bila tiba perayaan-perayaan kaum di Malaysia, berita tentang kecederaan dan juga kehilangan nyawa akibat bermain mercun sering menghiasi colum berita utama. Tidak cukup dengan mercun yang diperolehi / diseludup dari negara jiran, terdapat sebilangan yang mahir, menghasilkan mercun ciptaan sendiri. Begitu fanatiknya orang pada mercun.

Persoalan saya, kurang meriahkan sambutan sesebuah perayaan itu tanpa mercun? Adakah kes-kes kecederaan dan kematian akibat mercun itu boleh dianggap sebagai satu kemeriahan akibat kelalaian dan keegoan dari tidak mengendahkan larangan yang telah ada?

YA atau TIDAK?

Semua pilihan ditangan kita masing-masing.

7 comments: