Sunday, January 12, 2014

Tentang gembira?

Hidup bukan hanya tentang kegembiraan dan kemenangan.

I always heard these words. Dalam movie, atau orang cakap atau juga terbaca dalam buku.

Cuma kebanyakan kita sering menjadikan gembira dan kemenangan sebagai alat pengukur kebahagiaan hidup. Lalu menjadikan kesedihan dan kegagalan itu sebagai lawan dan penghalang pada kebahagiaan yang kita cari.

Selalunya begitu. Atau ini hanyalah hipotesis tidak berasas saya sendiri? Mau juga saya berjumpa dengan orang yang lebih bahagia ketika sedih dan ketika gagal. Itupun jika ada. Yang betul-betul jujur, bukan yang berpura-pura bahagia saat gagal dan sedih. Namun jika terlalu fanatik pada gembira dan menang, saya rasa hidup ini seakan jadi sempit dan hanya lurus. Tidak ada cabang dan tidak ada fun. (bayangkan, jalan yang lurus di hadapan. Mula-mula bagus tapi lama-lama kita akan terfikir bagaimana jika jalan ini bengkok dan ada cabang kiri dan kanan?)

Begitu juga halnya dengan yang banyak dan lebih. Kita sangat gembira jika kita punya suatu itu dalam jumlah yang banyak dan berlebihan. Itu bisa membuat kita gembira, rasa puas dan menang. Lalu kita lupa, apa nilainya suatu yang kurang.

Pada saat yang betul, suatu yang kurang itu sangat indah dan tampak lebih bernilai. Bagaimana?

Ayo, cari dan nikmati lah sendiri. Ianya ada dalam diri kita sendiri.

 

P/s: This post is ‘nothing’, saya menulisnya just for the sake of mahu menulis. :)



Posting Asal: tulusdarihati.com

No comments:

Post a Comment