Saturday, January 25, 2014

Ron95 untuk yang layak sahaja?

Nampaknya kerajaan semakin tertekan dengan masalah kewangan dan rakyat pula semakin ditekan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Tidak cukup dengan pelaksanaan GST, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga gula, kenaikan harga ais dan pelbagai jenis kenaikan lain yang terpaksa ”diterima” oleh rakyat, baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak iaitu golongan miskin sahaja yang berkemungkinan besar berkuakuasa pada Mei atau Jun tahun ini. Rasional kepada IDEA HEBAT tersebut menurut beliau ialah sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

google image

Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95,” Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor–> bacaan lanjut

Walaupun Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan belum membuat sebarang keputusan tentang IDEA HEBAT tersebut. Satu tinjauan dalam talian turut dilaksanakan untuk mendapatkan respon daripada rakyat seperti berikut dan boleh didapati dalam link ini —> Undian

Wajarkah pelaksanaan proses pembelian RON95 bagi yang layak dilakukan?









 

Setakat jam 2.08 petang hari ini, 26 Januari 2014 keputusan tinjauan tersebut adalah seperti berikut:


Setuju atau tidak biasanya jika kerajaan mengutarakan suatu usul atau idea, peratusan untuk dilaksanakan agak tinggi. Jika dilihat pada pelaksanaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan pada awal tahun ini, saya yakin majoriti rakyat kurang setuju namun apa yang nyata kerajaan tetap melaksanakannya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi / kewangan negara yang agak menyusut pada masa kini, saya berpendapat cepat atau lambat, pasti atau tidak golongan berpendapatan tinggi perlu bersedia untuk menerima IDEA HEBAT ini.

Siapa pula golongan berpendapatan tinggi yang dimaksudkan itu? Berapakah had pendapatan yang masih  dikategorikan sebagai golongan yang layak untuk membeli Ron95? Tunggu dan lihat pada Mei atau Jun nanti.


Posting Asal: tulusdarihati.com

No comments:

Post a Comment