Thursday, January 3, 2013

Program Transformasi Minda PTM menggantikan KISSM

Bermula dari tahun ini, KISSM akan digantikan dengan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan selaras dengan Saraan  Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Berikut merupakan maklumat yang ditulis oleh seorang pegawai yang menyelaras KISSM di negeri Sabah melalui laman FB beliau.
MAKLUMAN:- Program Transformasi Minda(PTM) akan menggantikan KISSM mulai tahun 2013. Bagi calon2 yang belum mengikuti KISSM, maka secara langsungnya akan diserapkan ke PTM. Bagi calon2 yang gagal dalam KISSM pula, tn/pn wajib mengulang kursus dengan mengikuti PTM sepenuh masa iaitu selama 5 hari. Permohonan boleh dibuat menggunakan surat rasmi dan sertakan sijil gagal KISSM.
Surat tersebut boleh difaks ke 088-513448 atau dikirimkan ke alamat:-
Penolong Pengarah,
Unit Latihan Dan Kemajuan Staf
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Tingkat 4, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh,
88604 Kota Kinabalu.
Sekian terima kasih dan harap maklum.
Surat Pekeliling Program Transformasi Minda ini boleh diperolehi dalam link berikut PTM. Bagi kakitangan dari negeri lain bolehlah berhubung dengan Unit Latihan dan Kemajuan Staf di negeri masing-masing.


tulusdarihati.com salinan tulusdarihati.com

No comments:

Post a Comment