Monday, September 13, 2010

.....

Saya tidak ingin untuk menulis pasal kes kehilangan yang berakhir dengan pembunuhan Datuk Sosilawati serta 3 orang lagi rakan beliau. Cukuplah saya menjadi pembaca kepada blog rakan-rakan yang sentiasa memberikan update bagi kes itu dan juga mendengarnya melalui berita TV. Bukan saya tidak berminat pada kes pembunuhan kejam - SANGAT KEJAM tersebut, cuma saya betul-betul kehilangan kata-kata dan ayat-ayat yang baik untuk itu kerana minda dan hati telah dibaluti dengan rasa kesal yang amat sangat, kata-kata mengutuk yang tidak tertahan, rasa kesal, Kesal, KESAL, KESAL....kenapa manusia sanggup membunuh? OK, STOP.

SALAM TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga kepada 4 mangsa pembunuhan kejam tersebut. AL-FATIHAH. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Amin.

3 comments:

  1. tulaa manusia. tah laa. ira pon xbran nk komen sgt. tak terluah. huhu. kejam~

    ReplyDelete
  2. Memang TERSANGAT KEJAM dan TAK BERHATI PERUT. Kerana duit, manusia sanggup berbunuhan!
    Kesal, geram, macam nak tumbuk orang tu pun ada...

    ReplyDelete
  3. tumpang bersedih..memang orang yang kejam macam ni patut menerima hukuman yang stimpal dgn perbuatan dia..

    ReplyDelete