Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT


Join segmen BEN ASHAARI lagi.

kali ini membawa diri balik ke zaman kanak-kanak (tapi sudah tua-tua ni pun masih suka tengok kartun juga..(^_^))

ok Jom kita tengok...

APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA 


-NINJA BOY-
Lawak dan comel terutama sekali shinbei walaupun hingusnya selalu keluar meleleh..:)

APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK DAN KENAPA


-NINJA TURTLE.-
:(

tidak faham lah kartun ni apa benda.

KALAU AKU SUPERHERO ,AKU NAK JADI

jeng
.
.
jeng
.
.
jeng


DETECTIVE CONAN

Sebab saya nak siasat kes-kes pelik di negara kita..LOLs

Wednesday, April 13, 2011

Secret Admire

Post ini agak panjang, tapi baca sampai habis ya..:)

Secret Admire?

Apa tu? alah yang kita minat orang secara diam-diam tu. Kita pendam perasaan kita sendiri, kita akan pastikan kita mengetahui perkembangan secret admire kita tu dan kadang-kadang cemburu tidak bertempat. Pernah? ndak pernah? 

Dulu saya pun ada juga main secret admire ni. Tapi rasanya benda ini normal dan banyak couple yang sampai kawin bermula dari main-main secret admire ni. Waktu itu saya masih belajar di belajar di UMS. Lucu pula bila diingat balik. Kira angau juga lah saya time tu. Rindu bila tidak nampak dia, malu bila berada dekat dengan dia, cemburu bila dia mesra dengan gadis2 lain dan jadi tidak keruan bila dia memandang ke arah saya (mungkin tidak sengaja terpandang)..eh geli-geli kan ..hahah

Secret admire ni saya kenal dalam sesi orentasi Pelajar Baru UMS 1999, kami berada dalam fakulti yang sama tapi berlainan kursus. Saya dalam kursus Hotel Management dan dia mengambil kursus Human Resources Management. Orangnya agak tinggi dan chubby (dulu saya memang minat lelaki chubby) Kalau memilih kelas tutorial bagi subjects teras, saya akan berusaha untuk satu kelas dengan 'dia'. Dan kami memang pernah dalam tutorial class yang sama, kalau tidak silap subject Statistik (En. Thirunakarasu) yang diadakan di kelas Dt. Simon Fong. Keras oh kan perasaan admire saya pada dia..(^_^)

Memang saya angau akan si secret admire ni. But saya tidak pernah kasi tau (kalo kasi tau, bukan namanya secret admire kan?). Saya hanya ceritakan kepada kawan terdekat iaitu Mimi Leong dan Onteng. Seorang kawan lagi iaitu Konong yang berada di UM turut bersusah payah menolong saya mencari lirik lagu Bersama Mu dendangan Syafinaz yang kebetulan Hits time tu. Lucu oh..hahaha. Rasanya saya bukan lagi admire sama tu orang tapi sudah jatuh cinta...Kan? Apa pendapat kamu?

Pernah sekali Mimi mengadakan birthday party dan dengan cepat saya mencadangkan agar dia menjemput si secret admire tu sebagai tetamu. Gilakan? tapi bila dekat-dekat dengan dia saya jadi malu-malu pula. Yaiiii..bikin geli o kan.. Kalau saya berani berterus terang, adakah saya akan bercinta dengan si secret admire tu? Atau kalau ada messenger, berputikkah cinta antara kami berdua? Atau, sebenarnya wujud juga messenger tetapi dia ni tidak berminat dengan saya?  Sampai sekarang bah persoalan-persoalan ini masih wujud dalam fikiran. Atau mungkin sampai sekarang dia tidak pernah tahu saya pernah menjadi peminat tegar dia..Duiii.

Tapi Saya yakin, rahsia saya meminati dia tidak pernah bocor. Tetapi kadang-kadang terfikir juga pasal dia ni, kerja di mana, kawin kah sudah?

Saya tidak pernah kesal tidak berterus terang pada dia tentang perasaan saya dan saya anggap semua ini pengalaman yang manis. Kenangan terindah. Hanya kawan-kawan terdekat saya yang tahu siapa secret admire yang saya maksudkan ni dan walau perasaan saya ni tidak kesampaian pada dia, saya tetap mengharapakan dia berjaya dan bahagia selamanya...:)

Tuesday, April 12, 2011

lagi taktik penipuan baru..

Sebelum ini saya menulis tentang taktik penipuan yang menjerat ramai orang di negara kita termasuklah  seorang kawan saya si Labu (bukan nama sebenar) dan seorang lagi yang ingin saya gelar si Labi. Taktik penipuan tersebut biasanya akan menawarkan sejumlah wang kepada mangsanya ataupun menjadikan si mangsa sebagai penama wasiatnya. Tetapi sebelum mangsa menerima semua wang dan wasiat tersebut mangsa perlulah menuruti permintaan-permintaan si penipu tersebut.

Untuk post tersebut sila klik - FIKIR LOGIK SAJA

Mambaca Mymetro pagi ini saya tertarik dengan tajuk RM5000 lesap bahana e-mail. Apa lagi ni? Oh rupanya ada lagi taktik penipuan yang baru (bagi saya) sekarang ini dan beberapa orang sudah pun menjadi mangsanya. Dikatakan, penipu tersebut akan menghantar e-mail kepada para mangsanya dan dalam e-mail tersebut memerlukan mangsa untuk mengemaskini data dan maklumat peribadi. Taktik baru ini sedikit menyakinkan kerana laman web palsu tersebut sama dengan laman web bank tertentu. Berita lanjut 


Memang terlalu banyak taktik penipuan zaman sekarang ini, jadi kita sentiasa perlu berhati-hati dan membaca serta berkongsi berita-berita penipuan dengan kawan-kawan. Biarlah kita menyedarkan diri kita sendiri dan juga masyarakat terdekat kita. 


p/s: Kalau kena dengan saya, berputih mata si penipu ni..maklumlah..duit dalam akaun hanya sen-sen ja..hahahaha

Monday, April 11, 2011

soalan yang selalu ditanya a.k.a soalan cepu emas

Balik dari tempat kerja, selepas dinner saya buat blogwalking sambil membalas kunjungan rakan-rakan bloggers yang meninggalkan jejak di shoutbox saya. Selepas itu saya membaca pula beberapa posts dari blog kawan-kawan (tengah cari idea apa mau update di blog ni) dan saya ternampak post Nc tentang soalan-soalan yang sering diajukan kepadanya. Terus serta merta dapat idea update baru. Saya pun mahu post tentang soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya selama ini. Tapi soalan tu tidaklah banyak tetapi agak memberi tekanan - dapat teka apa soalan itu?

google image

Nah, itulah yang ditanya.

1. sudah kawin ka?
~belum
2. Kenapa? bila mau kawin? ada sudah kawan-kawan lah (boyfriend)
~jodoh belum sampai. akan kawin juga tapi tidak tahu bila. susah mau cakap, macam ada macam tiada..hahahaha

3. Berapa sudah umur?
------
4. Ada kerja kan?
Ya...

Then the interviewer (usually close family members or friends) will give advises itu ini, cepat-cepat lah kawin, how to choose the most suitable man as a husband. Some also advise me not too picky, otherwise I will membujang sampai tua. 

Huh! tekanan kan? Kalau seorang tidak apa, tetapi ramai yang akan tanya soalan-soalan cepu emas itu. Sebab itu saya sangat jarang pergi ke majis-majlis keramaian keluarga. Malas mau jawab and I am not a party girl after all. Haha. Alasan. But its true, I tend to get head ace easily bila berada di suasana yang ramai orang. Lagi-lagi bunyi bising yang melampau. 

Saturday, April 9, 2011

minor changes & Recent comments widget


I made some changes to this page. I changed the sidebar items location, and some I’ve removed it. Oh ya, I also added fan page for this blog. You can find my Fan Page at my right sidebar. I created it because I’ve plan inside my mind to remove networked blog in future. Tapi bukan dalam masa terdekat lah.

So for those who following me via networked blog, I may suggest you to follow my blog by clicking like button at my fan page and become 1 of my fans, but no paksaan ya, this is merely an option and a suggestion. (^_^)


Why my recent comments widget doesn't working properly? tiada tu komen-komen keluar. I noticed it since last monday but at that time I thought I am having problem with the internet connection, so I ignored it. But on wednesday its still the same. Hanya ada perkataan Recent Comments widget by blogger widgets ja kuar kecil-kecil. I made a new one then, and it works but when I refresh my page, balik lagi yang sebelum ini. I am very sure that I am installed it properly.

Its not a big problem actually because I still can tracking comments by scrolling down to the end of my each post but anyhow, with recent comments widget will makes my job easier. Macam makan kacang..:)
Am I the only one having this problem?


Tulung a.k.a Tolong- if ada idea mengatasi masalah ini.

cerita panas dunia pendidikan

Lagi kisah/cerita panas dunia pendidikan: kali ini seorang guru perempuan patah tulang hidung apabila ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan 2



Apa jadi dengan manusia zaman sekarang ini?


Sebelum ini seorang Ustaz memukul murid tahun 1 sehingga mati.



Mana hilangnya keindahan dalam kehidupan ini?

Wednesday, April 6, 2011

FIKIR LOGIK SAJA...

Penipuan melalui panggilan telefon? 
Pernah anda mendengarnya? kalau belum, better check this link.

OK itu berdasarkan laporan berita.

Kali ini saya mahu berkongsi 1 cerita real yang berlaku tengah berlaku dengan seorang kawan. Saya dan kawan-kawan lain boleh merasakan si kawan ini telah sedang ditipu.

begini ceritanya:
si kawan ini telah berkenalan dengan sesorang lelaki melalui YM (Yahoo Messenger), dan dalam tempoh perkenalan itu, dikatakan wujud bibit cinta antara si kawan dengan lelaki tersebut yang kononya orang Malaysia tetapi sudah lama menetap di UK. Ok, UK. Pada mulanya kami tidak kisah sangat dengan cerita si kawan tentang cintan cintun UKnya tu, tetapi apabila pada suatu hari dia meminta pendapat tentang suatu perkara, kami mula telah mengesyaki bahawa si kawan ini telah sedang tertipu. Apa perkara itu?

"ada bungkusan dari UK, untuk si kawan, ditahan di Kastam KL, dan untuk membolehkan si kawan mendapatkan bungkusan itu (dikatakan dalam bungkusan itu ada wang bernilai RM1.2 Juta), si kawan perlu membayar sejumlah RM 4K ++, terlebih dahulu".

Ikut logik dalam dunia serba canggih ni, perlukah mengirim duit melalui bungkusan (lagi2 dalam jumlah yang besar)? Kenapa tidak guna Western Union, Maybank?

Menurut si kawan cintan UKnya itu mengirimkan duit tersebut kerana itu adalah wasiat beliau kepada si Kawan sebab si UK ini sedang sakit dan tidak ada lagi keluarga lain dan hanya mempercayai si kawan untuk menerima wasiat tersebut.

Setakat ini boleh faham?

Kami menasihatkan agar si kawan tidak membayar jumlah RM4k ++, tersebut dan membiarkan perkara tersebut tetapi dari pengamatan kami, si kawan belum menyedari bahawa dia sedang telah ditipu dan beliau berada dalam keadaan tertekan sebab didesak oleh agen di KL untuk membayar jumlah tersebut dan dikatakan juga jumlah untuk menjaga bungkusan wasiat itu akan bertambah dari hari ke hari. Minggu lalu, jumlah terkumpul sebab bungkusan tersebut itu belum dituntut ialah RM9K++ . Pusing kepala si kawan mana mahu cari duit sebanyak itu.

Terbaru, si kawan telah dibukakan akaun bank oleh si UK. 

"Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.

Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja."
- Harian Metro

Kesian si kawan, dia sebenarnya telah sedang ditipu. Tetapi dia tidak menyedarinya. Mungkin juga dia pernah menyedari  tetapi dia terlalu percaya akan kata-kata cinta si UK.

Sebenarnya, saya pernah mendengar cerita seorang kawan - si Labu (bukan nama sebenar)  yang hampir tertipu seperti si kawan ini. Tetapi si Labu berkenalan dengan penipu itu melalui FB (si penipu itu mengatakan keluarganya meninggal dunia apabila kapal terbang peribadi mereka terhempas, dan hanya si penipu saja yang selamat. Jumlah kekayaan yang ditinggalkan oleh keluarga si penipu sangat banyak tetapi tidak boleh digunakan kecuali untuk tujuan charity dan kononnya si labu ini menjadi orang terbaik untuk menerima wang charity tersebut.)

Ok dalam kes ini pun wujud cintan cintun.
Cerita seterusnya, sama lah cerita dengan si kawan tadi. Ada bungkusan yang ditahan di kastam dan memerlukan si Labu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan bungkusan (hadiah) tersebut. Nasib baik si Labu ni smart, dia boleh detect suara pemanggil itu adalah suara negro, bila si Labu tanya sama ada pemanggil tersebut tahu mana Kota Kinabalu, terkedu si negro dan terus menutup talian. Lepas itu, si negro tidak lagi menghubungi si Labu. Selamat duit si Labu.

Ok selesai kes si Labu. Tetapi kes si kawan belum. Dia masih terlalu percaya bahawa bungkusan tersebut mengandungi RM1.2 Juta.

So untuk kawan-kawan di luar sana:- hati-hati dengan panggilan telefon dan juga cintan cintun di alam maya. Selain itu, SENTIASAlah BERFIKIR LOGIK.