Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Mahu cantik...kena hati-hati

Siapa yang tidak mahu cantik dan kelihatan cantik? Saya yakin kita mempunyai keinginan untuk tampil cantik sama ada dari segi rupa paras dan juga susuk tubuh. Sebab itulah, ada di kalangan kita yang akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan tahap kecantikan yang memuaskan hati masing-masing. Yang muka berjerawat, beli krim jerawat, sanggup tidak makan makanan berminyak, yang gemuk akan rajin bersenam dan yang mampu pula akan ambil jalan singkat dengan mengunjungi pusat-pusat slimming, yang kulit tidak cantik pergi ke spa untuk mandi lulur dan tidak terkecualilah ramai yang sanggup membeli produk kecantikan dan pelangsingan badan yang berlambak di pasaran. Semuanya untuk memenuhi kriteria CANTIK masing-masing.

Angelina Jolie yang cantik

Berita Harian bertarikh 15/8/2010 dalam artikelnya bertajuk idam nak cantik jadi gila, menyatakan sebanyak 47 produk kecantikan yang dijual di pasaran iaitu produk pelangsing badan, kosmetik dan ubatan tradisional telah disenarai hitam kerana mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ironinya, produk-produk tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Mana silapnya?

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.


Ohh..terdapat unsur PENIPUAN rupanya. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga produk-produk yang telah disenarai hitamkan, KLIK SINI
 
Jadi pesanan saya kepada semua, berhati-hati lah bila memilih produk kecantikan. Jangan pula niat mahu cantik tapi hasilnya makin parah. Amalkan hidup dan kegiatan yang sihat untuk cantik, banyakkan senyum, tangani stress dengan baik, jangan simpan dendam dalam hati, ikhlaskan niat, dan buat semua yang baik-baik dan cantik-cantik saja. Apapun, bagi saya kita semuanya CANTIK & MENAWAN....:)
 
aktiviti seperti yoga boleh membantu menurunkan berat badan
 

Saturday, August 7, 2010

Leptospirosis / Kencing Tikus

Sejak 2 bulan lalu, kita sering mendengar atau membaca tentang kemunculan virus baru yang berbahaya di negara kita yang dikenali sebagai virus LEPTOSPIROSIS. Menurut sumber Berita Harian, mangsa ke-8 virus ini merupakan seorang pekerja hotel, Mohd Fazli Hassan berusia 40 tahun yang merupakan sepupu kepada mangsa yang lemas di pusat rekreasi Lubuk Yu, Maran Jun lepas. Baca selanjutnya.

Apakah itu virus Leptospirosis? Bagaimana cara jangkitannya? Baik mari saya kongsikan pembacaan saya.

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Virus ini juga dikenali dengan nama lain iaitu penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-ield fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas

Faktor risiko termasuklah:

-Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

-Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
-Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala Virus:
Gejala :

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari)
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini     melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau
hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50%pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air
tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit(illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi Harapan(Expectations)(prognosis)

Pesakit sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:

Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin, Jangkitan kuman di otak (Meningitis), Perdarahan yang teruk (Respiratory distress),Kegagalan fungsi hati dan fungsi buah pinggang

Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.