Sunday, October 3, 2010

Melawan Virus Malas

Ada kerja yang berada dalam kategori PENTING &URGENT. Tetapi, hati dan kekuatan serta gimbaran bukan ke arah untuk membuat dan menyiapkan kerja tersebut. Honestly, saya sangat malas pada waktu ini. Menyiapkan 5 buah sajak yang bertemakan bidang Pendidikan, bukan suatu yang mudah. Saya memang suka menulis sajak, tetapi bila terpaksa menulis mengikut suatu tema yang telah ditetapkan, it's not easy. Setiap kata dan ayat perlu berhati-hati agar tidak tersimpang dari tema. Susunan ayat lebih indah jika berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan penulis itu sendiri. Malam tadi saya berjaya menyiapkan  sajak yang ke 3, itupun secara peribadi saya masih belum berpuas hati sepenuhnya. Saya harap saya masih ada kesempatan dan idea untuk memurnikan lagi sajak tersebut  tersebut serta 2 sajak yang seterusnya. Then the last thing that I need to prepare is my presentation slides (which contains the main ideas I am trying to point out in each poem) and present it this coming tuesday in front of other Colleagues, which is i hate the most..:(


Untuk semua itu, saya perlu MELAWAN semua VIRUS-VIRUS KEMALASAN yang tiba-tiba begitu mesra dengan diri dan perasaan.


Bulan sabit di Elopura

Ku pandang pada langit
Di suatu sudut bumi elopura
ternampak aku pada bulan sabit yang suram di sana
Pada bentuknya yang tidak sempurna,
Seakan dapat ku selam malunya

Teringat aku pada anak-anak elopura
Seperti sifatnya si bulan sabit yang belum sempurna
Mereka,
Masih tidur lena dan bermimpi, belum jaga sepenuhnya

Bak si bulan sabit, bertapuk dia dibirai awan malam
Di pipit-pipit sudut rumah
Anak-anak elopura
Berbaring mereka beradu lena
Berbungkus mesra nan selesa si selimut hapak
seakan terantai otot dan jiwa minda mereka
Lalu terlalai mereka pada mimpi indah yang seketika,

Hai anak elopura,
Bangkit lah dari mimpi indah khayalanmu itu
Bebaskan tubuhmu dari dakapan selimut mu yang mesra
Bangun dan berjalanlah
Bukakan lorong-lorong terang di hatimu
Pada terjahan-terjahan ilmu
Jangan takut untuk percaya
Di luar sana
Ada kehidupan yang lebih selesa
Tapi bukan gampang untuk di tuai
Banyak titi kau perlu lalui

Bangunlah! Berlumbalah dengan si bulan sabit

Umpama si bulan sabit menanti musim untuk purnama
begitu kau bangunkan jiwa dan minda mu dengan ilmu
pada kata-kata perkasa untuk bekal hidupmu
bila nanti bulan sabit sudah purnama
kau juga biasa tersenyum bangga,
untuk dirimu dan untuk dia
dan bisa kau berkata dan bercerita padanya
tentang kau dan tentang dia.

Hasil pena asli
Kay Abdullah
2 Oktober 2010


Petang ini, main badminton dengan rakan sekerja. Daripada duduk diam di rumah, idea tidak pandai singgah di minda, baik main. Boleh keluarkan peluh dan virus-virus yang kotor dalam badan. Oh, I forgot to take picture during the game, but will do it next time as we were plan to play  every evening after school..:)

terjemahaan kata (Slang Sabah & Dusun Kimaragang)
Gimbaran- Semangat
Bertapuk - Bersembunyi, berselindung
Pipit-Pipit - tepi 

Wednesday, September 29, 2010

Tika jauh

tika jauh
baru tersedar erti hadirmu


tika jauh
baru terasa derita pedih rindu resah
yang hadir bertamu
pada ruang-ruang antara


tika jauh
baru terasa
dekat itu indah



Kay Masingan
Mei, 2009
Kg. Parong, K. Marudu

Monday, September 27, 2010

Hobi ku..

Secara tidak keterlaluan, saya ingin katakan yang saya sangat suka membaca selain daripada menulis Sajak. Artikel, Journal, News Paper, Majalah, Buku teks, letak saja lah di depan saya, saya akan baca walau mungkin tidak saya habiskan (sekiranya tidak menarik minat) Novel, itu yang paling saya suka. Jujurnya, saya mula membaca novel seawal darjah 5 atau 6 (mungkin juga terjangkit dengan minat kakak dan abang yang lebih tua), dan minat itu masih segar dalam diri saya, hinggalah sekarang. Pada sekitar umur belasan tahun, saya sangat suka mengunjungi Perpustakaan Daerah semata-mata untuk meminjam buku cerita sama ada dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Waktu itu siri Mills & Boon adalah buku BI yang pertama saya baca selain dari Buku teks BI sekolah (setakat yang saya masih ingat). Walaupun kini, saya agak berat kepada cerita fiksyen dan juga cerita benar, tetapi saya juga tidak pernah menolak untuk membaca genre novel yang lain. Hakikatnya saya ada koleksi buku Hard Copy dan Soft Copy genre Historical Romance, Romance, Penyiasatan, Motivation dan banyak lagi.

Dari segi penulisnya pula,  saya agak memilih dan saya sangat meminati tulisan Sidney Sheldon, Danillie Steel dan Ramli Awang Murshid. Walaupun demikian ada juga penulis lain yang turut menjadi keutamaan saya sewaktu membeli buku iaitu Jean Sasson, John Grisham dan beberapa penulis yang saya pilih secara rawak seperti Kate Furnivall- Russian Concubine yang ternyata cara penulisannya tidak mengecewakan.


Koleksi Novel untuk 2010 (sudah habis dibaca)

Kebiasaannya, sewaktu berada di Book Store, saya akan membaca sinopsis novel terlebih dahulu sebelum membelinya. Sebab saya menekankan cara pembelian - BELI BIAR BERBALOI- bukan sahaja Novel, tetapi semua barang-barang peribadi saya juga. (*_*)

Sunday, September 26, 2010

Cerita Sabtu & Buffered Earning

Saya memang sengaja membiarkan blog ini tidak berkemaskini selepas entry sajak bertajuk Bicara Pada Bulan yang saya tulis 4 hari lepas iaitu hari Khamis. Bukan apa, selain dari idea yang tidak begitu terjalin dalam kotak minda, boleh dikatakan saya sedikit sibuk dengan kerja-kerja yang tidak keterlaluan untuk saya katakan sebagai yang lebih utama. Ya, rasanya bagi semua yang bekerjaya, mereka pasti tahu priority setiap tugas/ kerja yang mereka dapat dan akan sering dinasihatkan berulang kali agar mengutamakan status kerja yang SANGAT PENTING DAN SEGERA. Yup, rasanya aura serta inti pati ceramah Pengarah JPN Sabah, sudah mula meresap dengan perlahan dalam aliran darah tubuh saya. Hahaha..

Bagi mereka yang sangat rajin melawat dan meninggalkan jejak pada shoutbox blog ini, mereka pasti telah membaca akan mesej ringkas yang saya tinggalkan pada malam hari Jumaat lalu yang mengatakan bahawa esoknya saya akan menghadiri kursus di RDC, Sepilok Sandakan. (saya bertugas di Sandakan, Sabah). Ya, hari  sabtu esoknya awal pagi lagi saya dan rakan-rakan lain menghadiri kursus tersebut yang mana penceramah / orang yang memberikan kursus tersebut ialah Pengarah JPN Sabah sendiri.

 menuju ke dewan ceramah bersama rakan

Secara keseluruhannya, kursus (atau lebih pantas dipanggil ceramah) yang diberikan oleh beliau sangat banyak menyentuh tentang kerjaya dalam bidang Pendidikan, bagaimana melakukan tugas-tugas mendidik dengan baik dan berkesan, Peraturan-peraturan am dalam pendidikan dan saya secara peribadi boleh simpulkan ianya satu motivasi kepada kami semua untuk terus memberikan segala yang baik kepada anak bangsa. TERIMA KASIH!

Oh ya, saya telah mendapat BE saya yang ke 3 dan ke 4. TERIMA KASIH NUFFNANG!. BE kali ini adalah seperti berikut:

Buffered Earnings
CAMPAIGN NAME
BLOG
DiGi Postpaid YP iPhone LB
tulus dari hati
DiGi Postpaid YP iPhone Contest LB
tulus dari hati


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan blogger yang selalu datang ke blog TULUS DARI HATI, membaca entry dan sudi meninggalkan komen. SETULUS DARI HATI, saya sangat menghargainya.

Thursday, September 23, 2010

Bicara pada BULAN

Bicara pada BULAN


Ah, baru kini kau muncul
Ditunggu sudah lama, dengan sinar malapmu
Sedang dulu, kau telah tegakkan janji
Untuk ruang hatiku, sentiasa terang pasti sinarmu

Bulan,
Lewat-lewat kini
Tidak seperti kembang perawan malam mekarmu
Dicelah birai-birai awan, kau menumpang
Yang sekali datang, sekali pergi
Mencalit sedikit dan sedikit terang sinarmu
Yang semakin tumpul menyuluh jalan rindu ke sanubariku
Lalu sering kau sesat ke jalan pintu hati yang pernah kau bertaktha
Kenapa kau percaya pada awan?
Pada hatinya yang sepi, kenapa perlu kau peduli?

Bosan pada sang awan
Pada bintang-bintang kecil di sana
Kau bermesra dan bersenandung
Pada taman indahnya kau bertamu
Pada ribanya kau bersinggah
Dan saat kau alunkan irama, melagukan rasa hibamu
Pada tarian gemalainya mengiringi setiap melodi lagu hatimu
Kau makin terpersona
Lalu sedikit dan sedikit kau makin lupa pada aku
Kenapa kau percaya pada bintang?
Tahukah kau, pada sinarmu dia ingin menumpang kasih?

Nyata hatimu tidak pernah kukuh
Sepertimana untaian tali janji yang kau anyam dulu
Makin rapuh simpulannya
Dan setiamu semakin suram, seperti pudar sinarmu

Sedang sang pungguk juga sudah beralih kasih
Galak matanya bukan untukmu lagi
Pada lampu neon yang lagi indah dan setia
Dia bercanda dan berkasih
“Ah, biarlah aku bermadu dengan cengkerik-cengkerik malam
Asal saja aku dekat dengannya”
Seperti  aku mendengar bisik hati sang pungguk

Bulan,
Lalu  apa yang aku harapkan pada mu lagi?
Sedang cahaya mu tiada lagi sehangat dulu
Apa yang aku cari pada yang tiada?


Kay Abdullah
23/09/2010

P/s: Gambar dari Google Image

Wednesday, September 22, 2010

Medley Post..

Medley post..bukan lagu tau tapi cerita-ceriti yang digabungkan dalam satu post..(^_^)

OK 1st, sekitar jam 7.45am tadi, blog ini menerima Followersnya yang ke 100. Hadiah? oOOoOO..tiada hadiah lah..:) tapi terima kasih kepada( bidadari <------Klik untuk kenal) yang telah menjadi pengikut TULUS DARI HATI yang ke 100. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua bloggers yang sudi menjadi pengikut blog ini. Untuk itu, saya hadiahkan sejuta lemon-lemon di persekitaran udara anda..semoga harum semerbak alam ini..:)

I supporting their product! Nah, nampakkah Versaline ads sedang running di blog saya?

Saya membeli produk mereka..:). Walaupun produk yang saya beli itu bukanlah yang sedang diiklankan, tapi rasanya saya masih dikira menyokong mereka. Produk Versaline yang saya beli ialah Healthy white -skin lightening lotion. Saya memang plan untuk membelinya, sebab lengan saya mempunyai ton warna. Mungkin disebabkan saya selalu memakai baju lengan pendek kalau tidak ke tempat kerja, jadi bahagian yang tidak bertutup tu, menjadi gelap sedikit. So harap-harap lotion ini boleh membantu saya mengatasi masalah ini

stuffs yang lain
(Loreal Dermo-Expertise, Pantene & Dettol-shower gel- shower gel ni free item bila beli 2 tin Shieldtox..)
Saya menggunakan produk Loreal lebih kurang 10 atau 9 tahun lepas. Bermula dari White Perfect, kemudian kepada Pure Zone (time tu ada mslh jerawat), tukar lagi kepada white perfect, kepada Revitalift, pakai anti kedutan bawah mata, dan banyak lagi lah produk Loreal yang saya pernah pakai, so yang terbaru ialah set krim siang dan malam. So far, ok juga guna produk ini. Tidak ada masalah sangat. Namun demikian, saya juga pernah menjadi pengguna yang agak lama kepada produk Olay (lebih kurang 2 tahun, Fair & Lovely (time sekolah), Ponds (time di Universiti), Garnier (sebulan saja). Tapi LOREAL tetapi di hati.

Loreal Day & Night face cream


Sup sayur (ini menu diet saya, sedap tapi teringat pula kawan kat Pahang, mesti kalau dia nampak dia akan cakap sup air hujan..hahaha)


Masih rindu akan kampung. Ayam Jantan ini warnanya cantik. Bersih dan tinggi.


Nah, ini girlfriendnya..Kecil ja tapi consider cute la. Ini pun bersih. Tidak tahu macamana mereka menjaga kebersihan badan. Mandi kali kan..(*_*)

Monday, September 20, 2010

Diet untuk darah O

Apakah jenis darah anda?

Tahukah bahawa selain mengamalkan pengambilan makanan seimbang, pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan sesorang itu?

Google Image

Sebenarnya saya sudah tahu akan hal ini, lama dulu tetapi tidak pernah ambil kisah dan saya makan apa sahaja yang saja mahu makan tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut sesuai dengan jenis darah saya atau pun tidak. Baik, hari ini saya ingin kongsikan sedikit info penting untuk saya yang berdarah 0. Semoga jadi panduan ketika memilih makanan kepada semua yang berdarah sejenis dengan saya dan juga UNTUK SAYA SENDIRI. (*_*)

Ciri khas golongan berdarah 0:
-  Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
-  Mudah mengadaptasi berbagai makanan
-  Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
-  Disarankan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat
   (Daging, buahan, ikan dan sayuran)
-  Golongan yang berisiko mendapat radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika
   makanan yang diambil tidak sesuai

Sumber: Baca Sini

Dalam sumber lain pula iaitu sedikit ringkasan dalam buku bertajuk DIET SIHAT untuk golongan berdarah O tulisan Wied Harry Apriadji & Mazlina Ismail, menyatakan begini:
 
Makanan yang merangsangkan peningkatan berat badan bagi kumpulan darah O adalah seperti tepung gandum, jagung merupakan bahan yang mengganggu efisiensi fungsi insulin serta memperlahankan kelajuan metabolisme. Manakala Kacang Merah dan Navy Bean, Kacang Dal mengganggu pemanfaatan kalori dan metabolisme zat gizi. Sayur seperti sayur kubis, kubis brussels, kubis bunga dan sawi merupakan sayuran yang mengganggu fungsi hormon tiroid dalam badan bagi golongan yang berdarah jenis O.
 
Makanan yang membantu penurunan berat badan adalah Rumpai laut (kelp), makanan hasil laut dan garam beriodin adalah makanan yang dapat meningkatkan produksi hormon tiroid serta mengandungi zat iodin. Manakala hati, daging ternak seperti lembu, kerbau, biri-biri dan rusa mengandungi sumber vitamin B yang tinggi dan dapat meningkatkan efisiensi metabolisme dimana meliputi pencernaan makanan, penyerapan sari makanan serta pembuangan sampah makan dan sampah metabolisme. Begitu juga sayur bayam, brokoli dan kailan.

Sumber: Baca Sini

Baca blog ini yang juga ada menulis tentang diet untuk golongan berdarah O: Furdunesia
 
P/s: Saya masih memerlukan data-data yang lebih update tentang diet yang sesuai untuk golongan berdarah O, jika rakan-rakan semua ada sumber yang lebih baik, harap sudi untuk berkongsi. Terima kasih