Showing posts with label profession. Show all posts
Showing posts with label profession. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Cerita Sabtu & Buffered Earning

Saya memang sengaja membiarkan blog ini tidak berkemaskini selepas entry sajak bertajuk Bicara Pada Bulan yang saya tulis 4 hari lepas iaitu hari Khamis. Bukan apa, selain dari idea yang tidak begitu terjalin dalam kotak minda, boleh dikatakan saya sedikit sibuk dengan kerja-kerja yang tidak keterlaluan untuk saya katakan sebagai yang lebih utama. Ya, rasanya bagi semua yang bekerjaya, mereka pasti tahu priority setiap tugas/ kerja yang mereka dapat dan akan sering dinasihatkan berulang kali agar mengutamakan status kerja yang SANGAT PENTING DAN SEGERA. Yup, rasanya aura serta inti pati ceramah Pengarah JPN Sabah, sudah mula meresap dengan perlahan dalam aliran darah tubuh saya. Hahaha..

Bagi mereka yang sangat rajin melawat dan meninggalkan jejak pada shoutbox blog ini, mereka pasti telah membaca akan mesej ringkas yang saya tinggalkan pada malam hari Jumaat lalu yang mengatakan bahawa esoknya saya akan menghadiri kursus di RDC, Sepilok Sandakan. (saya bertugas di Sandakan, Sabah). Ya, hari  sabtu esoknya awal pagi lagi saya dan rakan-rakan lain menghadiri kursus tersebut yang mana penceramah / orang yang memberikan kursus tersebut ialah Pengarah JPN Sabah sendiri.

 menuju ke dewan ceramah bersama rakan

Secara keseluruhannya, kursus (atau lebih pantas dipanggil ceramah) yang diberikan oleh beliau sangat banyak menyentuh tentang kerjaya dalam bidang Pendidikan, bagaimana melakukan tugas-tugas mendidik dengan baik dan berkesan, Peraturan-peraturan am dalam pendidikan dan saya secara peribadi boleh simpulkan ianya satu motivasi kepada kami semua untuk terus memberikan segala yang baik kepada anak bangsa. TERIMA KASIH!

Oh ya, saya telah mendapat BE saya yang ke 3 dan ke 4. TERIMA KASIH NUFFNANG!. BE kali ini adalah seperti berikut:

Buffered Earnings
CAMPAIGN NAME
BLOG
DiGi Postpaid YP iPhone LB
tulus dari hati
DiGi Postpaid YP iPhone Contest LB
tulus dari hati


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan blogger yang selalu datang ke blog TULUS DARI HATI, membaca entry dan sudi meninggalkan komen. SETULUS DARI HATI, saya sangat menghargainya.

Thursday, September 2, 2010

Lupa, lupa, lupa...dan lupa lagi..

Cikgu: Mana Kertas soalan modul awak/buku latihan awak/buku nota awak/ buku teks awak?

Murid A: errrkkk..saya lupa cikgu
Murid B: tertinggal cikgu, dalam bag yang satu lagi
Murid C: tertinggal dalam bas cikgu
Murid D: buku saya hilang cikgu..

Pernahkah anda menghadapi situasi ini (terutama sekali kepada yang bergelar pendidik)? Atau pernahkah anda memberikan jawaban berikut kepada guru (kepada yang pernah bergelar pelajar atau juga yang masih belajar)?

Untuk makluman semua,saya sering menghadapi situasi di atas. Terlalu kerap atau paling tepat setiap kali saya masuk ke kelas, terdapat murid yang tidak membawa buku kerja, latihan ataupun buku teks mereka bersama dan dengan selamba mereka akan memberikan pelbagai alasan, seperti alasan-alasan di atas.

Marah?

Bukan marah. Tapi sebenarnya, situasi begini akan menurunkan motivasi kerja saya dan saya tahu alasan yang mereka berikan tidak benar. Saya selalu tertanya-tanya, kenapa perkara tersebut selalu berlaku dan biasanya dilakukan oleh murid yang sama.

so, kali ini saya ingin mengajak semua pelawat blog ini untuk berkongsi pendapat tentang topik kenapa murid selalu tidak membawa buku yang patut dibawa ke sekolah.

Mana tahu ada pengalaman sewaktu zaman sekolah dulu..:)