Monday, July 8, 2013

Jadual berbuka dan Imsak Ramadan 1434H / 2013

Sila klik link berikut untuk mendapatkan jadual berbuka dan imsak Ramadan 1434H

Jadual berbuka dan imsak 2013

 

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga mendapat berkat dariNYA.



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, July 6, 2013

Rindu yang pergi

Rindu yang pergi

 

Rindu yang pergi

Enggan tuk kembali

Walau diseru jampi

Dengan kemenyan api

Tika malam sepi

 

Rindu yang pergi

Patah dari hati .

 

K.Nisa Masingan

Julai, 2013

UPC Kota Kinabalu



Posting Asal: tulusdarihati.com

Yoga?

Currently new “good thing” in my life is Yoga.

Terjangkit by blogger friends – wyne, Stella and Wency. I think chegu pun terjangkit by them juga . Kan Chegu? Dulu (lebih kurang 5 tahun lepas saya buat yoga juga but lama-lama hilang itu minat. So, I could not promise to myself that I will stick into Yoga forever. Tahulah ni, sikap hangat-hangat tahi ayam juga. Hehe. But so far, saya buat yoga dengan semangat 5 days berturut-turut tanpa gagal. Pagi dan petang. Sampai kakak tegur kerana kekerapan beryoga tersebut. Haha. As a beginner, I just doing the simple yoga poses which highly recommended for my level. On the third day, berani-berani sudah buat pose yoga yang berat but although I tried variety of yoga poses but I could says that my concentration is more into fat burning yoga poses.

 photo PicsArt_1372981473755_zpsf1769402.jpg

Yeah, I am doing yoga on day 5. masih keras and bengkok2 lagi itu kaki. Anyway I am happy because I can do the bow pose dengan baik walau belum begitu ngam. Untuk bulan puasa ini, saya terpaksa mengurangkan yoga, so faham2 lah kalau yoga pose saya kurang sudah di Instagram ya kawan-kawan. :)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Monday, July 1, 2013

Tewas (1)

Tewas (1)

 

kira aku cukup dewasa

Mentafsir segala ayat kata

Rupanya aku tewas juga

Pada gula selaut dusta

 

 

K.Nisa Masingan

Julai, 2013



Posting Asal: tulusdarihati.com

BINTI?

“Ini tunang I. Sambil dia menggapai lembut lengan lelaki yang berada di sebelahnya. Berdiri dengan gaya macho. His name is Drew.”

Rambutnya yang hitam pekat. Wajahnya yang tampan. Tidak salah saya merenungnya agak lama. Memang padan dengan Zara yang cantik.

“Hi Drew. Apa Kabar?”. Teragak-agak aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Seperti aku, dia juga agak kekok mengeluarkan tangan yang bersembunyi dalam kocek seluarnya untuk menyambut salam ku.

“okay.” jawabnya ringkas. Merdu suaranya.

Aku dan Zara meneruskan cerita. Tapi dia lebih menguasai ruang tersebut. Dari dia berhijrah ke German, kemudian ke Australia dan setelah 9 tahun itu baru kali ini dia balik bercuti ke Malaysia. Pelatnya juga agak ganjil di telinga ku. Sesekali Drew menyampuk. Tapi lebihnya Drew hanya diam melayan HP.

Pengumuman terbaru yang menbelah ruang legar menunggu LTAKK Terminal 2 mematikan cerita kami. Lantas Zara mengeluarkan beberapa keping kertas dan buku bewarna Merah dari sling bagnya.

“oppsss”. Cepat tangan zara memungut kembali sekeping MyKad yang jatuh di lantai namun kerana kegopohannya itu, Mykad tersebut terjatuh lagi. Aku menolongnya kali ini. Sempat Aku baca nama yang tertera.

Ketika mereka berdua semakin hilang masuk dalam ruang berlepas, aku semakin tertanya.

BINTI.

Hanya mereka berdua. Nama dalam MyKad yang aku pungut tadi bukan miliknya Zara.

BINTI?

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Friday, June 21, 2013

Food story?

Memasak sesuatu yang fun but bila melibatkan satu kumpulan yang perlu diurus, memasak akan menjadi suatu yang sangat memenatkan!

Here are some photo of my Ekonomi Rumah Tangga students (2 Ikhlas) doing their Amali Memasak for the Pengurusan dan Penyajian Makanan topic.

Untuk topik ini perkara yang dinilai ialah Penyediaan, Memasak, Menghidang dan Etika Makan, dan saya tambah satu lagi penilaian iaitu membungkus makanan bekal.

 photo RcntHTVBth3tuMzRwVkaeHf2VDJWPhMrwE2f1taz4J4_zps561e6162.jpg

 photo P2cQ0rK9DY0DblXK8INP8bT7iVkgcrqkdfGh1hOVf-8_zps72333c32.jpg

Overall I am a little bit disappointed with their attitude and the performance as well. Lack of cooperation among the group members and banyak main-main. I divided them into 6 groups a week before but only 5 groups managed to do the amali whilst 1 group just sitting and watching because they not have bahan to cook! Kawan yang sepatutnya bawa bahan utama was absent. Buli-buli ah tidak hadir time amali. 0 markah!

By the way I still managed to do all the evaluation that I need for this class and next week I will repeat the same process (same orders and kepenatan?) with 1 more class. Hope they can do better.

Oh ya, I masak spagetthi for my berbuka last Tuesday. Okay, even the ingredients are not enough but I still called my masakan as Spagetthi Bolongnese. :)

 photo 199e3f5f-35cc-4b63-981a-584efec0a8b9_zpsf764f6a7.jpg

 

Dibalik titis air mata mu

Tidak pernah akan kau selami

Tangis dalam hati ku

Yang tidak pernah terhenti”

 

Jun, 2013.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Sunday, June 9, 2013

Back to work

Yeah..I will be back to work this afternoon. (yeah?)..I am sounds so happy, right? Hehehe.

Harap2 semuanya okay today. Biasalah kalau balik kerja setelah bercuti memang perasaan agak melayang-layang tu.

 

Biar sekali

 

Kenapa perlu bertahan,

pada rasa yang hanyalah beban,

sedang kau punya banyak pilihan.

 

Tikamlah sekuat hati,

bunuh tanpa simpati,

biar rasa itu sekali mati.

 

baiknya sakit hanya sekali,

daripada berulang kali.

 

Jun, 2013.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com