Kepada yang berkenaan, semakan status permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2013 boleh melalui link di bawah
Semakan kemasukan tingkatan 1 MRSM 2013
Posting Asal: tulusdarihati.com
Kepada yang berkenaan, semakan status permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2013 boleh melalui link di bawah
Seringkali kita ingin percaya setiap pertemuan itu adalah rahsia Tuhan. Lalu sekuat daya fikir dan kebijaksanaan kita kerah untuk mencari rahsia-rahsia tersebut. Bila pertemuan itu indah, kita seakan menyesal dipertemukan lewat dan bila pertemuan itu pahit, kita juga tertanya kenapa harus dipertemukan dengan kepahitan dan kesedihan itu. Lantas, sekali lagi kita tidak akan berhenti mencari rahsia pertemuan tersebut.
Sesungguhnya ada ketika kita harus mengerti dan menerima suatu pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa. Tidak punya apa-apa rahsia. Secara kebetulan atau yang kita rancang, singgah sekejap mewarnai cerita hidup kita.
Seandainya pertemuan sebegitu mampu mencipta rasa, maka itu adalah logik. Kerana adalah suatu pembohongan ketara bila kita menafikan tidak akan ada rasa tercipta pada setiap pertemuan, walau ianya hanya pertemuan biasa.
Sejauh mana kesan rasa yang tercipta oleh setiap pertemuan, ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Subjektif. Namun apapun, indah atau sedih jangan terlalu terbuai dan berduka hinggakan kita lupa setiap pertemuan itu tetap berakhir dengan perpisahan.
Dan, setiap perpisahan itu bukan satu pengakhiran, sebaliknya satu permulaan.
Engkaulah,
Perempuan itu.
yang tewas lagi dalam gelanggang
permainan kata dan janji.
berpengadil-kan
hati dan rasa.
berpiala-kan
suka atau duka.
Kay Masingan
Feb 2013
* tulisan ini tidak berujukan. Bukan fakta. Ianya dari otak beku saya sendiri.
* sajak di atas akan bersambung.
I was busy “menyelongkar” one online store/shopping website last night and made the payment of my purchased items early this morning.
Sebenarnya, saya tidak pernah p tingu-tingu website dorang sebelum ini. Last night was my very first time wandered through their online store, walau iklan produk dan website mereka seringkali keluar di TV. I just don’t like the way they advertised their products or website. Too much. Bikin menyampah.
Anyway, after reading a review about the website and of course the products by a blogger’s friend few days ago, I said to myself – why not give a try p tingu-tingu itu website? Then tingu punya tingu, pilih punya pilih at last beli 3 items. Padahal tujuan utama ialah mencari tudung. Tapi tudung pula yang langsung tidak dibeli. Adehh.
Bah, entah macamana kepuasan hati bila itu items sampai. I will blog about that for sure and which online store saya beronline shopping kali ini, I will reveal it later. Biar kamu teka-teka dulu (but i think most of you guessing the right website kan?).
Happy Monday guys!
Sudah Tiada.
Mungkin apa yang tinggal kini, hanyalah lanjutan dari kebiasaan. Lalu pelahan akan beransur sikit, jarang dan akhirnya tiada.
Ya, Tiada. Selain kenangan yang mungkin boleh membawa sejuta erti dan rasa.
Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai hari ini.
Pengerusi Eksekutif MYEG Services Berhad, Datuk Norraesah Mohamad, berkata borang boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.
Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888.
Mesti yang telah memohon agak teruja untuk membuat semakan pasal BR1M 2.0 ini kan. Okay berikut saya kongsikan beberapa maklumat tentang BR1M 2.0 ini.
Tarikh bayaran BR1M akan dilaksakan mulai bulan Februari 2013.
“setelah satu janji dimungkiri, lalu apa lagi yang jadi sandaran untuk satu lagi kepercayaan?”- Kay Masingan, 2013.
Pada saat ini saya sangat berharap saya adalah penulis blog yang tidak punya nama yang tidak dikenal secara peribadi oleh orang. Lalu dengan bebasnya saya tulis semua ayat dalam hati dan pada hari-hari besoknya tidak ada soalan berbunyi begini
1. ” eh, ko kenapa? lain-lain ja ko tulis di blog ko tu”
2. “ko punya kisah kah yang ko tulis di blog tu”
3. “ko frust kah? saya ada baca di blog ko macam ko frust ja”
Dan soalan yang sewaktu denganya.
Apa pun ada betulnya kata seorang kawan blogger “mungkin diam itu adalah penawarnya”