Friday, July 2, 2010

KAU DAN AKU

Aku sudah lupa
suatu ketika dulu
kau datang
berdiri di muka pintu yang masih terbuka luas



pada saat hati masih keliru
kelabu dengan rasa bercampur
aku biarkan kau hadir dalam hatiku



Dengan senyum mu
Janji-janji mu
hiburan
Ya kau beri aku hiburan
warna warni hidup



kerap kali juga
warna itu akan kelabu
semakin pudar merahnya
harumnya seperti hilang seperti
mentari yang hilang pada senja hari



pada saat hati ingin kuat
tanpa warna mu
kau akan datang lagi, dengan merah cinta mu
dan
aku seakan hanyut
berkali-kali mencipta
ungkapan KAU dan AKU



kali ini
aku sudah serik
aku sudah bosan, dengan alasan mu
kerana setiap janji mu adalah bohong



KAU
jangan tega datang lagi
menunggu di muka pintu hati ku
kerana rapat-rapat aku sudah tutup



jangan datang menghulur kasih
yang merahnya hanya khayalan
jangan datang rapat lagi
menghulur rindu
kerana saat ini
rasa mesra sudah tidak ada
hanya yang tinggal
rasa benci berbaur dendam



dan
mungkin juga nanti
kita akan mampu mengeluh, mungkin tersenyum
kita akan tertanya
kenapa harus ada cerita KAU dan AKU
yang hanya meninggalkan DUKA.

Tuesday, June 8, 2010

stokin pelangi..





Huhuhuhu..suka ini stokin... saya panggil stokin pelangi. tapi bila masa mau pakai kalau saya beli? hmmm....di rumah? nanti kena cakap FREDDY KRUGER  pula..huhuhu..

Tq NC..

Ok..Terima kasih banyak-banyak lemon pada NC dengan Award yang dia bagi ni. Tapi boleh kah saya tidak ikut sangat skema untuk award ni. Hehehe, rasanya saya tidak ada kawan blog yang ramai. Jadi tidak sampai 15 orang tau. Yang lain pun sudah si NC bagi. Jadi saya bagi sama 1 orang saja lah..buli bah kan..? ^_^..

Ok ini rules nya:
1. ucapkan ribuan terima kasih pada si pemberi award
2. pass pada 15 orang rakan blog
3. bagi tahu 7 perkara tentang diri kamu..


Ok saya forward ni award to:
Little gurl

7 perkara:
a:  sedar atau tidak saya hanya punya 1 mata (sebelah kanan) yang berfungsi. mata sebelah kiri telah buta sejak saya berumur 7 tahun.
b: saya sangat suka bau rumput yang baru dipotong.!
c: saya sangat suka skinny jeans!

(ini hanyalah gambar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan badan saya..hahahahha)

d: i prefer to be alone...hanya orang yang rapat dengan saya faham dengan perangai ini.
e: TV atau BUKU? saya pilih BUKU
f:: saya sangat susah untuk tidur pada waktu siang / petang. SANGAT SUSAH!
g: pernah bercinta sebanyak 3 kali, tapi semuanya gagal berakhir ke alam rumah tangga (aduh...sedih o)

Monday, May 17, 2010

Teacher's Day Gift...


Murid: Cikgu Selamat Hari Guru.. Minta maaf sebab tidak ada hadiah.
Guru: Terima kasih. Tidak mengapa, cikgu tidak pernah terfikir untuk mendapat hadiah dari murid, tapi apa yang cikgu mahu, kamu belajarlah bersungguh-sungguh, jadilah orang yang beguna. Itu, adalah hadiah yang paling berharga dari kamu untuk cikgu.

Hmmm.. jawapan itu agak skema kan? dan juga bernada sentimental kan? Tapi yang saya pasti, semua guru mengharapkan kejayaan anak-anak didiknya. Itulah HADIAH yang paling bernilai sekali, BAGI SEORANG GURU dari ANAK MURIDNYA.


......

...HAPPY TEACHER'S DAY..


Thursday, May 13, 2010

...



.......Happy Thursday guys.....

Tuesday, May 11, 2010

....HAPPY TUESDAY ...

:)

:)

Friday, May 7, 2010

photo of the day..


biru..

biru.......
biru............

Just love the scenery........