Monday, January 13, 2014

Sunday, January 12, 2014

Tentang gembira?

Hidup bukan hanya tentang kegembiraan dan kemenangan.

I always heard these words. Dalam movie, atau orang cakap atau juga terbaca dalam buku.

Cuma kebanyakan kita sering menjadikan gembira dan kemenangan sebagai alat pengukur kebahagiaan hidup. Lalu menjadikan kesedihan dan kegagalan itu sebagai lawan dan penghalang pada kebahagiaan yang kita cari.

Selalunya begitu. Atau ini hanyalah hipotesis tidak berasas saya sendiri? Mau juga saya berjumpa dengan orang yang lebih bahagia ketika sedih dan ketika gagal. Itupun jika ada. Yang betul-betul jujur, bukan yang berpura-pura bahagia saat gagal dan sedih. Namun jika terlalu fanatik pada gembira dan menang, saya rasa hidup ini seakan jadi sempit dan hanya lurus. Tidak ada cabang dan tidak ada fun. (bayangkan, jalan yang lurus di hadapan. Mula-mula bagus tapi lama-lama kita akan terfikir bagaimana jika jalan ini bengkok dan ada cabang kiri dan kanan?)

Begitu juga halnya dengan yang banyak dan lebih. Kita sangat gembira jika kita punya suatu itu dalam jumlah yang banyak dan berlebihan. Itu bisa membuat kita gembira, rasa puas dan menang. Lalu kita lupa, apa nilainya suatu yang kurang.

Pada saat yang betul, suatu yang kurang itu sangat indah dan tampak lebih bernilai. Bagaimana?

Ayo, cari dan nikmati lah sendiri. Ianya ada dalam diri kita sendiri.

 

P/s: This post is ‘nothing’, saya menulisnya just for the sake of mahu menulis. :)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Friday, January 10, 2014

Kes Tembakan misteri di sekitar Kota Kinabalu.

Heboh dalam FB tentang kejadian tembakan di sekitar Kota Kinabalu malam tadi dan berita ini turut disahkan oleh thestar.

Shooting spree in 20 places rocks Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: A drive-by mystery-shooting in the wee hours of Saturday got city folks worried after more then 20 places were targeted.

Glass panes and glass doors of hotels, shopping malls, banks and fast food outlets were riddled with single bullet hole or some even shattered by in the shots fired by unknown people between midnight and 1am.

Dalam maklumat di FB, kes tembakan ini melibatkan 21 tempat seperti yang berikut:

A. Kawasan Karamunsing

Agro Bank, Standard Chatered Bank, Wisma Merdeka, Belakang Hotel Hyatt, Pintu masuk KK Plaza, Maxis Warisan Square,  Pintu B Warisan Square, Malar Hotel di Kk Times Square, Pejabat Aeropod Kk Times Square, Pejabat Sutera Avenue Kk Times Square, Pejabat MAA Api2

B. Kawasan Luyang
DM Hotel Damai, Ambank Damai, Southern Station Damai, Pizza Hutt Damai, Pearl Karaoke Damai, Secret Recipe City Mall, Hair Made Saloon City Mall, Hair Shampoo Saloon City Mall

C. Inanam
Public Bank, Cimb Bank

Semoga pihak berkuasa dan berwajib dapat menyelesaikan kes misteri ini dengan segera.



Posting Asal: tulusdarihati.com

Tuesday, January 7, 2014

Wordless Wednesday #1 (2014): Street Business

 photo IMG_20131120_104339_zps1204e3ac.jpgBensin” / Petrol is everywhere. This kind of street business is very common in Yogjakarta.



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, January 4, 2014

Either..

I actually haven’t decided either to do my Proposal in Quantitative method or in Qualitative method. Yeah..the topic also still belum pasti…aiya, hopefully the tajuk boleh pasti sudah bila masuk sem 2 (kalau lah dapat naik sem 2..)Heeee….

For now I am getting familiar a little bit with the Learning Style topic but need to discuss it more with my future SV either I can proceed with the topic or to choose a new topic.

 

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Tuesday, December 31, 2013

Percutian Ke Yogjakarta

Berkesempatan melawat ke Yogjakarta selama 4 hari 3 malam baru-baru ini bersama 2 orang kawan. Ianya suatu pengalaman yang baik, lebih-lebih lagi bila melawat dua candi yang terkenal di Asia Tenggara iaitu Candi Prambanan dan juga Candi Borobudur. Kedua-dua candi ini merupakan tinggalan bersejarah yang menggamit hati para pelancong yang datang ke Yogjakarta.

 photo 87ad83db-d3c1-41df-a3b7-a3298c379312_zps4cd072d6.jpg
 photo IMG_20131120_161517_zps1d185289.jpg

 photo IMG_20131120_160913_zps6e2cf99f.jpg
Borobudur
 photo IMG_20131120_121232_zps6a032854.jpg
Candi Prambanan
 photo 1b184f56-5596-4a6d-8205-085ee7de6c6e_zps1dcfcfbb.jpg
 photo 2d8a2c9f-9a3a-41e2-a13d-fc47bbde5025_zps351a83cc.jpg
 photo IMG_20131121_132318_zps362c4be8.jpg



Posting Asal: tulusdarihati.com

Happy New Year 2014

All the best in 2014 to all of you..:)



Posting Asal: tulusdarihati.com