Saturday, January 4, 2014

Either..

I actually haven’t decided either to do my Proposal in Quantitative method or in Qualitative method. Yeah..the topic also still belum pasti…aiya, hopefully the tajuk boleh pasti sudah bila masuk sem 2 (kalau lah dapat naik sem 2..)Heeee….

For now I am getting familiar a little bit with the Learning Style topic but need to discuss it more with my future SV either I can proceed with the topic or to choose a new topic.

 

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Tuesday, December 31, 2013

Percutian Ke Yogjakarta

Berkesempatan melawat ke Yogjakarta selama 4 hari 3 malam baru-baru ini bersama 2 orang kawan. Ianya suatu pengalaman yang baik, lebih-lebih lagi bila melawat dua candi yang terkenal di Asia Tenggara iaitu Candi Prambanan dan juga Candi Borobudur. Kedua-dua candi ini merupakan tinggalan bersejarah yang menggamit hati para pelancong yang datang ke Yogjakarta.

 photo 87ad83db-d3c1-41df-a3b7-a3298c379312_zps4cd072d6.jpg
 photo IMG_20131120_161517_zps1d185289.jpg

 photo IMG_20131120_160913_zps6e2cf99f.jpg
Borobudur
 photo IMG_20131120_121232_zps6a032854.jpg
Candi Prambanan
 photo 1b184f56-5596-4a6d-8205-085ee7de6c6e_zps1dcfcfbb.jpg
 photo 2d8a2c9f-9a3a-41e2-a13d-fc47bbde5025_zps351a83cc.jpg
 photo IMG_20131121_132318_zps362c4be8.jpg



Posting Asal: tulusdarihati.com

Happy New Year 2014

All the best in 2014 to all of you..:)



Posting Asal: tulusdarihati.com

Saturday, October 12, 2013

Aku adalah manusia

Manusia, sudah sifatnya suka berharap. Apatah lagi pada yang indah pada penilaiannya.

Manusia, sudah sifatnya mudah percaya. Apatah lagi pada yang indah dan manis kedengarannya.

Manusia, sudah sifatnya akan menunggu. Apatah lagi bila ada ruang untuk begitu.

Sudah namanya manusia.

Aku adalah manusia. Punya hati dan rasa.

 

“need to focus on my assignments”.

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Thursday, September 5, 2013

Pesona Persona Mu

PESONA PERSONA MU

 

Kerana  kau dan pesona mu

Langkah ku terkaku

Lidahku kelu

Memula bicara aku malu

 

Lalu ku biarkan kau berlalu

meninggalkan aku yang masih terpaku

bersama kesal yang memburu

memukul hati bertalu-talu

 

lantaran persona mu yang penuh pesona

biarlah aku menganyam kata

akan sebuah indahnya cinta

walau dalam khayal asmara

 

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Wednesday, September 4, 2013

Minyak naik 20 sen!

Minyak naik 20!

Hah naik lagi?

Bising, kecoh, marah – semua kedengaran sana sini

Tiba-tiba: woi apa bising-bising, baru naik 20 sen pun!

Tiba-tiba: baru 20 sen, masih murah tu banding dengan Negara lain (Thailand, Veitnam, Filipina, Indonesia, Singapura)

Tiba-tiba: Minyak petrol naik, pasti x memudaratkan rakyat, kerana yang ada kereta besar ada lah orang2 besar dan berkemampuan, orang kg ada tak berkereta.

Okey selepas sehari, kini saya terima seadanya kenaikan harga minyak tersebut walau dalam hati geram dan geram dan geram. Tambah geram bila baca respon YB pasal kenaikan minyak kali ini.

Benarkah kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu tidak memudaratkan? TIPU!. Lepas ini banyak / hampir semua barang akan naik harga. Kenapa?

“halaga minya naik mah, halaga balang2 pun misti naik pinya”

Dalam berita “Kerajaan jamin harga barang kawalan tidak akan naik berikutan dengan kenaikan harga minyak sejak selasa lalu.

Okey dengar dan baca – harga barang kawalan! Harga barang bukan kawalan bagaimana?

Sebelum ini pun kerajaan jamin harga minyak tidak akan naik, tapi apa sudah jadi sekarang? Benarkah kerajaan jamin tidak akan ada kenaikan harga barang lepas ini? Kita tunggu dan lihat.

Wei diamlah, kira ok lah harga minyak kita ni banding dengan Negara lain..

Sikit-sikit banding, banding, banding. Jadi lepas ini apa-apa yang berlaku di Negara kita perlu bandingkan dengan Negara lain lah? Tak kan harga minyak kita sama mahal dengan harga di Negara lain baru puas hati?

Orang besar saja yang ada kereta? Wei Datuk, tolonglah turun ke kampung2 ya. Jangan fikir kenaikan harga minyak ini hanya dirasai oleh orang yang ada kereta. Orang kampong yang tidak ada kereta pun tetap akan merasa bebanya Datuk. Saya bagi carta alir yang simple saja lah bagaimana harga minyak ini beri kesan kepada orang yang tidak ada kereta ya, Datuk

Orang kampong -> naik kereta sewa –> naik minyak, kereta sewa naikkan tambang/sewa –> yang terbeban orang kampong.

FAHAM?

Lepas ini sewa kereta / bas sekolah mesti naik. Pengusaha bas sekolah pun manusia juga, mahu makan. Minyak naik, sewa pun akan naik. Kesian lah kepada ibu bapa yang punya ramai anak yang bersekolah. Purata sewa bas sekolah sekarang ialah RM40.00 – RM45.00 seorang. Jangan hairan lepas ini naik kepada RM50.00 – RM60.00 seorang.

BERSYUKUR?

Nampaknya KUASA BELI rakyat semakin rendah.

 



Posting Asal: tulusdarihati.com

Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Merdeka ke-56, Malaysia!

Well, well, well. What a long silence.

Lama juga saya tidak memberikan update kan. Sebenarnya saya agak tidak berminat berblogging beberapa bulan lepas, dan juga sibuk dengan perkara lain hinggakan saya melupakan sebentar akan blog ini. Dengan semangat yang tiba-tiba datang untuk mengupdate blog, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 56. Jadilah warganegara yang mencintai Malaysia!

Google image



Posting Asal: tulusdarihati.com