All the best in 2014 to all of you..:)
Posting Asal: tulusdarihati.com
Manusia, sudah sifatnya suka berharap. Apatah lagi pada yang indah pada penilaiannya.
Manusia, sudah sifatnya mudah percaya. Apatah lagi pada yang indah dan manis kedengarannya.
Manusia, sudah sifatnya akan menunggu. Apatah lagi bila ada ruang untuk begitu.
Sudah namanya manusia.
Aku adalah manusia. Punya hati dan rasa.
“need to focus on my assignments”.
PESONA PERSONA MU
Kerana kau dan pesona mu
Langkah ku terkaku
Lidahku kelu
Memula bicara aku malu
Lalu ku biarkan kau berlalu
meninggalkan aku yang masih terpaku
bersama kesal yang memburu
memukul hati bertalu-talu
lantaran persona mu yang penuh pesona
biarlah aku menganyam kata
akan sebuah indahnya cinta
walau dalam khayal asmara
Minyak naik 20!
Hah naik lagi?
Bising, kecoh, marah – semua kedengaran sana sini
Tiba-tiba: woi apa bising-bising, baru naik 20 sen pun!
Tiba-tiba: baru 20 sen, masih murah tu banding dengan Negara lain (Thailand, Veitnam, Filipina, Indonesia, Singapura)
Tiba-tiba: Minyak petrol naik, pasti x memudaratkan rakyat, kerana yang ada kereta besar ada lah orang2 besar dan berkemampuan, orang kg ada tak berkereta.
Okey selepas sehari, kini saya terima seadanya kenaikan harga minyak tersebut walau dalam hati geram dan geram dan geram. Tambah geram bila baca respon YB pasal kenaikan minyak kali ini.
Benarkah kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu tidak memudaratkan? TIPU!. Lepas ini banyak / hampir semua barang akan naik harga. Kenapa?
“halaga minya naik mah, halaga balang2 pun misti naik pinya”
Dalam berita “Kerajaan jamin harga barang kawalan tidak akan naik berikutan dengan kenaikan harga minyak sejak selasa lalu.
Okey dengar dan baca – harga barang kawalan! Harga barang bukan kawalan bagaimana?
Sebelum ini pun kerajaan jamin harga minyak tidak akan naik, tapi apa sudah jadi sekarang? Benarkah kerajaan jamin tidak akan ada kenaikan harga barang lepas ini? Kita tunggu dan lihat.
Wei diamlah, kira ok lah harga minyak kita ni banding dengan Negara lain..
Sikit-sikit banding, banding, banding. Jadi lepas ini apa-apa yang berlaku di Negara kita perlu bandingkan dengan Negara lain lah? Tak kan harga minyak kita sama mahal dengan harga di Negara lain baru puas hati?
Orang besar saja yang ada kereta? Wei Datuk, tolonglah turun ke kampung2 ya. Jangan fikir kenaikan harga minyak ini hanya dirasai oleh orang yang ada kereta. Orang kampong yang tidak ada kereta pun tetap akan merasa bebanya Datuk. Saya bagi carta alir yang simple saja lah bagaimana harga minyak ini beri kesan kepada orang yang tidak ada kereta ya, Datuk
Orang kampong -> naik kereta sewa –> naik minyak, kereta sewa naikkan tambang/sewa –> yang terbeban orang kampong.
FAHAM?
Lepas ini sewa kereta / bas sekolah mesti naik. Pengusaha bas sekolah pun manusia juga, mahu makan. Minyak naik, sewa pun akan naik. Kesian lah kepada ibu bapa yang punya ramai anak yang bersekolah. Purata sewa bas sekolah sekarang ialah RM40.00 – RM45.00 seorang. Jangan hairan lepas ini naik kepada RM50.00 – RM60.00 seorang.
BERSYUKUR?
Nampaknya KUASA BELI rakyat semakin rendah.
Well, well, well. What a long silence.
Lama juga saya tidak memberikan update kan. Sebenarnya saya agak tidak berminat berblogging beberapa bulan lepas, dan juga sibuk dengan perkara lain hinggakan saya melupakan sebentar akan blog ini. Dengan semangat yang tiba-tiba datang untuk mengupdate blog, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 56. Jadilah warganegara yang mencintai Malaysia!
Google image