Tuesday, April 5, 2011

damai tanpanya

damai tanpanya

ku kuis
biar pelan-pelan
ia jauh dan menjauh

pada matanya yang sayu
merenung aku, akan tidak aku tenung

enggan ku sahut 
lolongan kesepiannya
sekeping nafasnya 
dulu pernah aku genggam erat

kedalam hitam laut
kulempar nanti

biar tidak lagi ada yang tinggal
enggan juga aku menoleh 
belakang ku

walau aku juga tidak tahu
tapi itu yang aku yakin
aku damai tanpanya



Kay Masingan
5/4/2011


 

Murid dipukul sampai meninggal dunia..

Perlukah mendidik sampai tahap begini?

Seorang murid berusia 7 tahun telah  dipukul oleh seorang Ustaz sampai meninggal dunia.
:
:
:

Untuk berita lanjut klik link di bawah.

Ustaz pukul murid sampai mati minta maaf

Monday, April 4, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



Nah I am joining this contest..:) 
But I am not pretty sure if I' am still eligible for this contest or not. Terlampau banyak sudah penyertaan ni. Dan yang dicari hanyalah 1 ribu.  I think I am a bit late. Anyway, jom gegar-gegar with Ben Ashaari!!!!

Sunday, April 3, 2011

Hinava

Pernah dengar Hinava?
Apa itu?

Nah kalau yang 1st time dengar tu, Hinava merupakan makanan popular bagi suku kaum Kadazan Dusun Di Sabah. 
Suku kaum Kadazan Dusun dengan pakaian tradisi
Google Image -credit to mauvemarionette.blogspot.com


Ini Kadazan Dusun tanpa pakaian tradisi..:)

Hinava ini adalah hasil campuran isi ikan segar, limau, cili api, bawang merah, dan juga garam. Namun biasanya untuk menghasilkan rasa yang lebih enak, bahan-bahan tambahan seperti halia dan daun saderi turut digunakan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak, hanya perlu diperah dengan air limau kapas (limau nipis) ataupun limau kasturi. 

Bahan-bahan Hinava yang saya hasilkan (saya memilih isi ikan tenggiri)


Bahan-bahan utama telah dipotong kepada saiz yang kecil


Nah ini dia Hinava hasil kreativiti saya..rasanya sedap dan sedikit pedas (masih terasa lagi sedapnya walaupun Hinava ini saya hasilkan pada tahun 2008)..(^_^)

So, apa lagi, cuba la buat Hinava..just type di google tentang makanan ini, banyaaaakkkkk maklumat tu..

Monday, March 28, 2011

my class...

The Gred


Kelas saya tersenarai dalam kelas terkotor minggu lepas. Eh punyalah saya geram...:( . So, today as no School Assembly I asked my students to clean their class. 


salah seorang pelajar sedang menyapu lantai


my informations section...sangat menyedihkan!


Biasanya beginilah yang selalu berlaku. Hanya seorang atau dua orang yang akan buat kerja sementara yang lain akan berdiri dan menjadi penonton.

Sunday, March 27, 2011

Gambar hari ini..:)

Kerusi diikat?

nah, lihat sendiri...:)
Saya pun baru noticed about this last friday. Terketawa juga lah. 




KREATIF?


Inilah kesan kalau kerusi sering dipindah milik ...:) Tapi ini bukan saya punya. Kawan sekerja punya. Mungkin dia sudah jemu kerusi dia selalu hilang,  maka dia pun terfikir hal kreatif ini.

Thursday, March 24, 2011

Cinta yang tiada pasti

Cinta Yang Tiada Pasti


Kekasih
andai aku yang pertama
di hati mu

menyambut rindu dan kasih mu

tiadalah sebegini
jalan hidupku
menanti sebuah percintaan
yang tiada lagi pastinya


Okay, ini untuk memenuhi permintaan dari seorang kawan blogger Eha Solehah - Terima kasih kerana sudi komen. Sajak ini adalah alihbahasa melayu bagi sajak dusun yang saya tulis sebelum ini. Kurang puitis sudah bunyinya. (^_^).

Tidak ada kelapangan untuk mengupdate blog sejak beberapa hari ini. Agak sibuk. Itu saja yang boleh saya katakan.


Oh ya, saya telah berjanji kepada pemilik blog Elieynz Anakah untuk meletakkan banner yang dia cipta khas untuk saya yang telah menjadi followersnya yang ke- 200 beberapa hari lepas, jadi saya tunaikan janji itu. Maaf ya kerana lambat..:) Saya sangat berbesar hati menerima banner ini. Tima kasih banyak-banyak lemon, kalau ada, bagi lagi la banner.:)

Okay, esok kena bangun awal..so sampai nanti...