Tuesday, August 17, 2010

Nikmat nafasNya

Dan aku masih disini...
kerana nikmat nafas yang ku terima
dari NYA yang menguasai
Aku masih disini,
Melihat, Mendengar, Berkata, Merasa.

Dengan nikmat nafas dari NYA
aku masih mampu melangkah dan berlari
mendongak, tunduk dan masih mampu berpaling
menyesali yang lalu
sebagai pedoman dan pengajaran
untuk meniti titi hidup kini

Dengan nikmat nafas dari NYA
aku masih ada waktu untuk memohon keampunan,
mengucap syukur Alhamdullilah,
menyanyikan zikir-zikir kecintaan pada NYA
walau tidak dapat ku padamkan hitam itu
menjadi putih semula
namun dengan nikmat nafas dari NYA
aku yakin aku masih ada sisa waktu
untuk bermula dari Pertengahan
menuai pahala amalan
untuk ku memberatkan yang Kanan ku
sebagai bekalan di alam Baqa
di padang penghakiman
bila nanti nikmat nafas itu dihentikan oleh NYA


Asli,
Kay Abdullah


I was doing some re-reading on my posts which I've posted on my old blog Cerita Kehidupan, and I found out a very interesting poem of me.:)  I've wrote it, right after I came back from a ceramah agama, about Nikmat-Nikmat Allah at Kelas Agama 3 years ago.

I, personally considered this poem as a VERY SPECIAL one. I wrote it from the bottom of my heart..time tu memang betul-betul insaf..Banyak mesej yang tersembunyi dalam sajak ini. And as the original writer of the poem I am very proud of myself, don't know why, but I think that I deserved to feel that way. (*_*)

Monday, August 16, 2010

Update terlewat...:)


sudah menonton movie ini?
ya, macam lewat sikit pula promote movie ini.
BEST..!! lagipun saya minat dengan Angelina Jolie
Saya sudah tengok pada 8.9.2010  oppsss...salah la..pada 8.8.2010..(tima kasi seabiscuit)
sehari sebelum Birthday saya..



Nah, my 31st birthday's cake...Yummy...
Potong kek ni pun awal 2 hari dari tarikh birthday sebenar..:)

Sajak..

Harapan seorang ayah
Kepada seorang cikgu

Dari jalan sempit
Kelikir berselut si tanah merah
Diayunkah langkah kaki penuh tekad
Dengan kudrat tersisa
Seorang ayah tua
Memimpin anak kecilnya
Yang terkekeh-kekeh riang

Nah cikgu, ini anak kecil ku.

Bimbinglah dia.
Bangkitkan rohaninya
Semaikan kecintaanya pada keagungan Sang Pencipta
Pada setiap hela nikmat nafas yang dipinjamkan padanya
Agar dia tahu, dia bukan pemilik mutlak akan dirinya

Bangunkan pohon-pohon emosinya
Putikkan segala perasaan dalam aliran darah tubuhnya
Biar dia sedar, hidup bukan sekecil rumahnya
Nanti,
dia tahu berjuta orang
zarah-zarah udara harus dia berkongsi

Cikgu ,
Jangan juga lupa.
Tolong aku,
Bangunkan segala urat-uratnya yang masih tidur
Kukuhkan dan ketatkan cengkaman sendi-sendinya
biar ada lebih
tenaganya melawan deduri tebasan

kukuhkan untaian fikirannya
yang masih terlalu rapuh di mindanya
penuhkan jiwanya dengan semua ilmu-ilmu
ajarlah dia,setiap langkah dalam kehidupan ini
adanya ironi
ajar dia melengkapi setiap persegi hidupnya
dengan senjata dan perisai terpilih
untuk seorang manusia
yang perlu menjadi manusia

aku mahu dia menjadi manusia
bersifat manusia

kerana aku, ayah tuanya
mungkin tidak selayakknya
memberikan semua itu
secukupnya untuk dia.

 
Asli dari pena,
Kay Abdullah.

Sajak di atas adalah sajak pertama dari lima sajak yang saya perlu hasilkan untuk projek LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) yang wajib kepada semua staff dalam organisasi tempat saya bekerja. Dalam LDP ini terdapat 5 kategori yang boleh dipilih iaitu Kajian Tindakan, PBL (Project Base Learning), Book Review, Penulisan Ilmiah dan juga Penulisan Kreatif. Sajak termasuk dalam kategori Penulisan Kreatif.

Dalam penulisan Kreatif, semua penulisan sama ada cerpen, dairi, dan juga sajak mestilah  bertemakan pendidikan. Ya, bukan mudah. Saya memang sangat suka menulis sajak, walaupun jarang saya kongsikan dalam blog ini, tetapi bila perlu menulis mengikut suatu tema yang tertentu, saya sendiri mengeluh dan untuk menghasilkan sajak di atas saya telah mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkannya. Tambah-tambah susah lagi, saya bukannya guru Bahasa Melayu ataupun Kesusasteraan Melayu. Tapi, cabaran perlulah disahut.

Idea yang ingin saya sampaikan melalui sajak tersebut ialah tentang REJI (Rohani, Emosi, Jasmani dan Intelek) iaitu item penting dalam pembentukkan modal insan yang seimbang selaras dalam penyataan FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaaan). Baik, pembentukkan modal insan itu biasanya bermula di rumah tetapi bukan semua ibu bapa yang mampu memberikan segala-galanya, jadi kewujudan institusi yang dipanggil sekolah boleh membantu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka seterusnya merealisasikan hasrat negara dalam menghasilkan pelapis bangsa yang seimbang REJInya.

Untuk semua kawan-kawan blog dan juga pelawat blog TULUS DARI HATI  ini, sudi-sudilah komen sajak ini ya. Mana tahu ada penambahbaikan dari segi gaya bahasanya. Terima kasih.
SELAMAT MENEMPUH MINGGU BARU

Sunday, August 15, 2010

Mahu cantik...kena hati-hati

Siapa yang tidak mahu cantik dan kelihatan cantik? Saya yakin kita mempunyai keinginan untuk tampil cantik sama ada dari segi rupa paras dan juga susuk tubuh. Sebab itulah, ada di kalangan kita yang akan berusaha habis-habisan untuk mendapatkan tahap kecantikan yang memuaskan hati masing-masing. Yang muka berjerawat, beli krim jerawat, sanggup tidak makan makanan berminyak, yang gemuk akan rajin bersenam dan yang mampu pula akan ambil jalan singkat dengan mengunjungi pusat-pusat slimming, yang kulit tidak cantik pergi ke spa untuk mandi lulur dan tidak terkecualilah ramai yang sanggup membeli produk kecantikan dan pelangsingan badan yang berlambak di pasaran. Semuanya untuk memenuhi kriteria CANTIK masing-masing.

Angelina Jolie yang cantik

Berita Harian bertarikh 15/8/2010 dalam artikelnya bertajuk idam nak cantik jadi gila, menyatakan sebanyak 47 produk kecantikan yang dijual di pasaran iaitu produk pelangsing badan, kosmetik dan ubatan tradisional telah disenarai hitam kerana mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ironinya, produk-produk tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Mana silapnya?

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.


Ohh..terdapat unsur PENIPUAN rupanya. Untuk mengetahui maklumat lanjut dan juga produk-produk yang telah disenarai hitamkan, KLIK SINI
 
Jadi pesanan saya kepada semua, berhati-hati lah bila memilih produk kecantikan. Jangan pula niat mahu cantik tapi hasilnya makin parah. Amalkan hidup dan kegiatan yang sihat untuk cantik, banyakkan senyum, tangani stress dengan baik, jangan simpan dendam dalam hati, ikhlaskan niat, dan buat semua yang baik-baik dan cantik-cantik saja. Apapun, bagi saya kita semuanya CANTIK & MENAWAN....:)
 
aktiviti seperti yoga boleh membantu menurunkan berat badan
 

Saturday, August 14, 2010

Sajak - Chairil Anwar

Saya SANGAT meminati sajak, walau saya bukan seorang penulis sajak yang baik dan aktif. Begitu juga dengan sejarah. Namun, jika saya nilai secara jujurnya, sajak sering menduduki rangking paling tinggi dalam peratusan minat saya, tapi selalunya kedua-dua minat ini akan mendapat layanan yang sama rata dalam hati. Ya, 50-50.

Saya suka membaca sajak orang lain, ya, sebagai pencetus idea dalam menghasilkan sajak-sajak baru. Begitu juga, saya meminati ramai penulis sajak terkenal seperti Usman Awang yang sinonim dengan sajak "Guru O Guru" nya. Namun kali ini saya tidak ingin membicarakan tentang Usman Awang, dia sudah cukup lekat dalam hati saya tetapi kali ini saya mahu "menghidupkan" kembali sajak-sajak nukilan chairil Anwar yang bagi saya agak misteri, seperti hasilnya. Ya, hampir kesemua sajak beliau (yang saya jumpa) saya agak minat tetapi saya sangat ingin tahu apakah sebenarnya yang penulis ini cuba ingin sampaikan dalam sajak bertajuk Di Masjid.

Kuseru saja Dia

sehingga datang juga
Kamipun bermuka-muka

seterusnya ia bernyala-nyala dalam dada
Segala daya memadamkannya


Bersimpah peluh diri yang tak bisa diperkuda


Ini ruang
gelanggang kami berperang


Binasa membinasa
satu menista lain gila


Ya, saya telah lama merenung sajak ini, tetapi belum mampu menembusi akal fikirannya. Dia bagi saya, sangat berbakat dan misteri.

Sajak beliau yang bertajuk Penerimaan pula, bagi saya adalah sajak yang paling jujur dan indah dan sinis, yang beliau pernah hasilkan. Sungguh indah.

Penerimaan

Jika kau mau, kuterima kau kembali

Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri


Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi
Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani


Jika kau mau, kuterima kau kembali
Tapi untukku sendiri

Sedang dengan cermin aku enggan berbagi

Sajak beliau yang bertajuk AKU, pula bagi saya satu sajak rasa kecewa yang paling dalam dan dari pembacaan saya, sajak ini mengisahkan kekecewaan Chairil Anwar terhadap bapanya yang telah mengabaikan dia dan ibunya. Tapi, walau dipalit dengan rasa kecewa, keindahan rangkaian kata dalam sajak ini masih lagi bersinar terang.

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Chairil Anwar
Maret 1943


Siapa itu Chairil Anwar?  Chairil Anwar dilahirkan di Medan, 26 Julai 1922. Dia dibesarkan dalam keluarga yang cukup berantakan. Kedua ibu bapanya bercerai, dan ayahnya berkahwin lagi. Selepas perceraian itu, saat habis SMA, Chairil mengikut ibunya ke Jakarta. Usia Chairil singkat, beliau meninggal dunia pada tahun 1949 dalam usia 27 tahun. Namun dengan masa yang singkat itu, beliau meninggalkan banyak sumbangan dalam perkembangan kesusasteraan Indonesia.

Friday, August 13, 2010

"ditindih"

Suspen kan tajuknya..:)

Ok begini ceritanya.

Saya sangat jarang bangun lewat. Kebiasaannya saya akan bangun paling lewat jam 6.45 pagi. Tetapi tadi pagi, mungkin saya terlalu mengantuk, selepas solat subuh saya menyambung semula tidur. Kemudian, pada jam 7.45 pagi, saya tersedar sekejap apabila terdengar housemate membuka dan mengunci pintu rumah (time tu sempatlah tekan punat hp dan cek jam berapa). Selepas itu, saya terlelap lena...dan tiba-tiba

 
Terasa ada sesuatu yang menghimpit dan menindih tubuh saya. SANGAT BERAT. Dalam masa yang sama juga, seluruh tubuh saya tidak dapat bergerak. Pada saat itu saya tahu saya telah ”ditindih”. Saya berusaha untuk mengerakkan ibu jari kaki, dan juga berusaha untuk menolak ”tindihan’ tersebut, tetapi bukan sesuatu yang mudah. Akhirnya dalam separuh sedar, rasanya hampir 5 minit bergelut dengan si penindih itu, saya berjaya melepaskan diri. Syukur Alhamdulillah.

Selepas menenangkan diri seketika, barulah saya tersedar saya tidur dalam keadaan terlentang (patutlah). Mungkin akibat pergelutan tersebut, badan saya terasa sangat lemah. Cepat-cepat saya menghantar sms kepada seorang kawan.
Hantukan atau iblis yang menghimpit saya itu? Tapi kan makluk-makluk tersebut diikat pada bulan puasa.

Apapun, saya mengambil kesimpulan bahawa si penindih itu mungkin marah dengan saya kerana lewat bangun, mungkin dia selalu tidur di tilam saya selepas saya bangun. Selama ini dia boleh tidur ikut jadualnya, tetapi hari ini lewat pula, sebab saya lewat bangun..:) Logik kah? apa pendapat kawan-kawan blogger lain?
Eh geram juga dengan si penindih tu..

 
Ok ini cerita benar tapi, tidak ada paksaan untuk semua pembaca mempercayainya ya. Tapi rasanya semua orang pernah mengalami situasi ini kan.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Al Mubarak

~SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA~